19 Apr 2013

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.



Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.




sumber: facebook

8 Apr 2013

Benarkah Nabi SAW Tidak Mempunyai Bayang-Bayang?



Bayang-bayang Nabi SAW?

Sejak beberapa hari ini saya banyak mendapat soalan dalam peti mesej Facebook berkenaan dakwaan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, disoal adakah dakwaan ini benar?

Ketahuilah bahawa tiada sebarang dalil yang Sahih bahawa Nabi SAW tidak mempunyai banyang-bayang,

Sekelompok kaum sufi tariqat sesat berpegang bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, dan itu kata mereka bukti bahawa Nabi SAW diciptakan dari cahaya,


Kelompok sesat ini berhujah dengan sebuah hadith riwayat Zakwan berbunyi:

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلم لم يكن يُرَى له ظلٌّ في شمسٍ ولا قمرٍ

Terjemahan:

"Sesungguhnya Rasul SAW tidaklah terlihat(terdapat) baginya bayang-bayang, baik ketika di bawah cahaya matahari ataupun bulan"

Riwayat ini adalah Dha'if, sanadnya terputus, kata Imam Jalaluddin al-Suyuthi antara tokoh hadith bermazhab al-Syafie dalam al-Khasais al-Kubra (1/71): "مرسل - Mursal", dan Mursal adalah dari jenis hadith-hadith Dha'if, kerana telah gugur padanya syarat utama hadith Sahih iaitu al-Ittisal (bersambungnya sanad).

Dakwaan bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang ini bukan sahaja tidak mempunyai sebarang dalil yang Thabit (Sahih), bahkan ia bercanggah dengan hadith-hadith Sahih dan juga al-Qur'an.

Ditanya kepada al-'Allamah Mufti Biladil Haram Fadhilah al-Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin berkenaan dakwaan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, maka jawab al-Syaikh:

من قال أن النبي -صلى الله عليه وسلم - ليس له ظل , أو أن نوره يطفئ ظله إذا مشى في الشمس , فكله كذب و باطل , ولهذا قالت عائشة-رضي الله عنها- : " كنت أمد رجلي بين يديه , وتعتذر بأن البيوت ليس فيها مصابيح" فلو كان النبي -صلى الله عليه وسلم-له نور لم تعتذر رضي الله عنها , و لكنه الغلو الذي أفسد الدين والدنيا والعياذ بالله

Terjemahan:

"Sesiapa yang berkata sesungguhnya Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, atau sesungguhnya cahaya Baginda menutup bayang-bayangnya apabila Baginda berjalan di bawah cahaya matahari, kesemua dakwaan ini adalah dusta dan batil,

Kerana itu berkata 'Aishah r.ha : "pernah daku memanjangkan(menyandarkan/tertindih) kakiku antara kedua tangan Baginda SAW, lalu daku memohon maaf kepada Baginda SAW kerana sesungguhnya waktu itu rumah tidak mempunyai lampu"

Sekiranya Nabi SAW itu mempunyai cahaya maka tidaklah 'Aishah r.ha akan meminta maaf sedemikian, akan tetapi mereka-mereka yang ghuluw (melampau-lampau) lah yang telah merosakkan agama dan dunia, moga Allah jauhkan" (al-Qaul al-Mufid, 1/68)


Soalan yang sama ditanya kepada majlis fatwa negeri Makkah dan Madinah, al-Lajnah al-Daimmah:

هنا في الباكستان علماء فرقة ( البريلوية ) يعتقدون أنه لا ظل للنبي صلى الله عليه وسلم ، وهذا دلالة على عدم بشرية النبي صلى الله عليه وسلم . هل هذا الحديث صحيح . ليس الظل للنبي صلى الله عليه وسلم ؟

Terjemahan soalan:

"Di sana di Pakistan terdapat kumpulan Berelwi yang berpegang sesungguhnya Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, dan ini bukti yang menunjukkan bahawa Nabi SAW bukanlah manusia (kerana diciptakan dari cahaya), adakah hadith ini Sahih? Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang?"

فأجابت : " هذا القول باطل ، مناف لنصوص القرآن والسنة الصريحة الدالة على أنه صلوات الله وسلامه عليه بشر لا يختلف في تكوينه البشري عن الناس ، وأن له ظلا كما لأي إنسان ، وما أكرمه الله به من الرسالة لا يخرجه عن وصفه البشري الذي خلقه الله عليه من أم وأب ، قال تعالى : ( قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوْحَى إِلَيَّ ) الآية ، وقال تعالى : ( قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلاْ بَشَرٌ مِثْلُكُمْ ) الآية .

أما ما يروى من أن النبي صلى الله عليه وسلم خلق من نور الله ، فهو حديث موضوع "

Terjemahan jawapan:

"Pendapat tersebut adalah batil, bercanggah dengan nas-nas al-Qur'an serta Sunnah yang jelas secara khusus menyatakan bahawa Nabi SAW adalah manusia tidaklah berbeza sifat penciptaan Baginda dengan manusia-manusia, dan sesungguhnya bagi Baginda itu bayang-bayang sebagaimana manusia lainnya.

Tidaklah Allah SWT muliakan Baginda SAW melainkan dengan risalah (wahyu), tidaklah Baginda SAW itu terlepas dari sifat-sifat manusia yang Allah SWT ciptakannya dari kedua ibu dan ayah,


Firman Allah SWT maksudnya :

"Katakan wahai Muhammad: sesungguhnya daku hanyalah seorang manusia seperti kamu jua, akan tetapi daku diberikan wahyu"

Dan berfirman Allah SWT lagi maksudnya:

"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu jua"

Manakala riwayat yang disandarkan kepada Nabi SAW bahawa Baginda SAW diciptakan dari cahaya, ianya adalah hadith Palsu"

(Fatwa al-Lajnah al-Daimmah, 1/464)


Moga dengan penjelasan ini, terjawablah kemusykilan yang ditanya, moga bermanfaat.



oleh: Fathi al-Sakandary

7 Apr 2013

Memperingati Tragedi Deir Yassin - 9 April 1948



Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya, beliau melihat sendiri bagaimana adik perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya.

Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga.

Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas. Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampong halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April 1948.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin. Para doctor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan Negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya ‘Selamat datang ke Jerusalem, ibu negara abadi Israel’. Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya negara Arab yang mempunyai kekuatan yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya Negara haram Israel di atas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ dengan bangganya mengatakan

“Tanpa apa yang dilakukan di deir Yassin maka tidak akan wujud negara Israel." Dia menambah, "ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang Berjaya di medan-medan lain… orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka dengan disertai panic sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!’

Menachem Begin dan semua pepimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikitpun merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa‘modus operandi’ mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin yang diperlukan bagi memastikan Negara haram Israel terus kekal dan lestari.

Aqsa Syarif mengajak umat islam dan rakyat Malaysia sempena ulang tahun tragedy pembunuhan Deir Yassin supaya memperbaharui tekad dan keazaman untuk membela rakyat Ralestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan rakyat dan bumi Palestin yang terjajah.

:Luka Deir yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita di Palestin.

Ayuh! Bersama Aqsa Syarif mempergiat usaha untuk membantu perjuangan pembebasan Palestin.





sumber: Aqsa Syarif