27 Nov 2012

Asy-Syahid Ir. Yahya Ayyash : Hero Palestin



JOM KENALI SIAPA  "ASY-SYAHID IR.YAHYA AYYASH"


Beliau pemuda yang hatinya diilhamkan Allah dengan nur yang memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah.

Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yang menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966. Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash.

Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.


Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.


Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.


The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas.Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.


Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah.

Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

AL-FATIHAH!






sumber: facebook

26 Nov 2012

Khaled Meshaal : Hero Hamas


KHALED Meshaal 56,mula menerajui kepimpinan gerakan Hamas selepas pemimpin terdahulu Abdul Aziz al-Rantissi terbunuh pada 2
004.

Beliau dilahirkan pada 28 Mei 1956 di Silwad,sebuah kampung di utara Ramallah dan berpindah ke Jordan pada 1967.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dari Universiti Kuwait ini mula menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin pada 1971.

Selepas Gerakan Pembela Islam atau Hamas diasakan oleh Sheikh Ahmad Yassin pada 1987,Meshaal dilantik untuk memimpin cawangan gerakan itu di Kuwait sebelum beliau berpindah ke Jordan pada 1991.

Pada 25 september 1997,Mossad pernah merancang untuk membunuh beliau,namun ia berjaya digagalkan selepas Meshaal diberikan penawar racun.

Pada Ogos 1999,Raja Abdullah mengusir Hamas dari negara itu selepas mendakwa gerakan tersebut menggunakan negara itu untuk kegiatan militan.

Susulan daripada insiden tersebut,Meshaal tinggal sementara di Qatar sebelum berpindah ke Damsyik pada 2001,sekali gus mengetuai biro politik Hamas di Syria.

Sepanjang beliau memegang pucuk pimpinan Hamas,Meshaal pernah terlibat dengan rundingan perjanjian pertukaran tahanan yang membebaskan 1,027 tahanan Palestin dan askar Israel,Gilad Shalit pada tahun lalu.

Pada 19 Jun 2008,hasil persetujuan beliau bersama Israel dan Mesir sebagai Negara pengantaran,satu gencatan senjata berjaya dikuatkuasakan.

Pemimpin Hamas yang menyokong kebangkitan kumpulan pemberontak di Syria tersebut juga pernah menduduki tangga ke-18 dalam ’50 lelaki paling berpengaruhi di dunia’yang dipaparkan dalam majalah Britain,New Statesman pada 2010.





sumber: facebook

21 Nov 2012

Kenapa Perlu Usaha Boikot Produk Israel Walaupun Sedikit?



"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.

"Perlukah kebencian dilahirkan?"

"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"

Dia pula diam.

"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"

"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.

Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri

"Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.



sumber: facebook

19 Nov 2012

Siapakah Ustaz Ibrahim Libya?


Ustaz Ibrahim Libya merupakan tokoh utama rakyat negara ini dalam penentangan terhadap ISA. Nama sebenarnya ialah Ustaz Ibrahim b. Mahmood b. Hanafi b. Saman. Ibunya bernama Sofiah bt Cik Nik b. Mohd Hassan . Dilahirkan di Kampung Charok Putih , Mukim Siong , Baling Kedah pada pada tanggal 1 Julai 1942 . Beliau adalah anak kedua dari lima orang adik beradik .

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Weng , Baling ketika berusia 7 tahun . Pengajiannya di sekolah berkenaan terbahagi kepada dua sesi iaitu pada waktu pagi sesi pengajian akademik biasa dan pada waktu petang sesi pengajian agama Islam . Pada sebelah malamnya beliau belajar al-Qur’an dan berguru daripada Ustaz Haji Abdul Ghani. Beliau juga agak aktif dalam kegiatan sukan bola sepak dan sepak takraw di sekolah . Beliau memang dikenali sebagai seorang pelajar yang tekun dan suka membaca di samping berjimat-cermat dalam perbelanjaan .

Ustaz Ibrahim Libya meneruskan pengajian menengahnya di Sekolah Agama ( Pondok ) di Charok Putih iaitu Madrasah Ittifaqiah . Selama 3 tahun di sekolah ini beliau telah dididik dengan ilmu tauhid , tafsir , hadith , feqah dan sejarah Islam . Setelah itu beliau menyambung pengajiannya di Madrasah Khairiah , Pokok Sena yang juga dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin .Selama 8 tahun di madrasah ini , beliau mendalami lagi ilmu-ilmu agama seperti Usul Feqh , Tasawuf , Mantiq dan pelbagai ilmu lagi yang menyentuh tentang syariat Islam .

Bakatnya dalam pidato dan syarahan terserlah di sinidengan menyertai beberapa pertandingan termasuklah pertandingan perbahasan ,syarahan dan mentafsir al-Qur’an . Beliau juga mulai aktif dalam sukan seperti sepak takraw dan badminton . Walaupun beliau bertubuh kecil namun kebolehan dan bakatnya telah melonjakkan beliau sehingga menjadi Ketua Pelajar di Madrasah ini . Beliau juga digelar Osman Walad kerana bentuk tubuh yang lebih kecil berbanding rakan-rakannya yang lain . Setelah tamat pengajian di Madrasah ini belai telah menyambung pengajian di Nilam Puri , Kota Bharu , Kelantan pada tahun 1966 dan berjaya menamatkan pengajiannya dalam masa 2 malah turut melepasi peperiksaan asy-Syahadah al-‘Aliah .

Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum , Deoband , Saharanpur , Uttar Pradass di India pada tahun 1968 . Di sini beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan ilmu hadith . Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar , Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Syariah . Kemudian beliau telah menyambung pengajiannya di Ma’ahad Dakwah , Tripoli , Libya dan memperolehi Ijazah Dakwah Tertinggi dalam masa 1 tahun . Setelah belajar di sini , beliau mendapat gelaran Ibrahim Libya dari teman-teman dan gelaran itu berpanjangan sehinggalah Ustaz Ibrahim Libya kembali ke Malaysia .

Setelah 7 tahun merantau di luar negara , akhirnya beliau telah kembali ke Malaysia dan ditawarkan berkhidmat di Pusat Islam Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai Pegawai Dakwah . Beliau bertugas di bawah seliaan Ustaz Ahmad Awang . Setelah 3 tahun berkhidmat beliau telah meletakkan jawatan dan kembali berbakti kepada masyarakat kampungnya . Ini kerana beliau ingin memenuhi permintaan gurunya Lebai Yaakob , Charok Putih yang mahu beliau membantunya menjadi pendidik di samping beliau sendiri merasai tidak bebas berdakwah di dalam jawatan kerajaan tersebut .

Setelah kembali ke kampung , beliau aktif berceramah di seluruh negara dan membantu gurunya mengajar agama . Beliau juga telah membuka madrasah sendiri yang dinamakan Madrasah Islamiah Diniah di Kampung Memali . Pada masa yang sama , beliau mulai aktif dalam PAS dan memegang beberapa jawatn penting di peringkat kawasan , daerah dan negeri malah pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah . Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam pilihanraya umum pada tahun 1978 dan 1982 di DUN Bayu . Ustaz Ibrahim Libya telah tewas dengan majoriti 300 undi . Keaktifan dan semangat beliau untuk berdakwah menjadi ancaman kuat kepada penyokong-penyokong kerajaan dan ahli-ahli UMNO sehingga beliau difitnah dengan pelbagai tohmahan .

Kemuncaknya beliau telah difitnah sebagai pengganas dan melatih anak-anak murid untuk melakukan pemberontakan bersenjata serta menghasut orang ramai menentang kerajaan secara terbuka . Tuduhan yang dilemparkan kepada beliau belum dibuktikan melalui undang-undang negara yang sedia ada namun beliau telah dianggap sebagai seorang penjenayah besar . Ustaz Ibrahim Libya cuba untuk ditahan di bawah ISA pada 1984 namun gagal ekoran beliau telah dipertahankan oleh pengikut-pengikutnya dan sekali lagi percubaan untuk menangkapnya dilakukan pada tahun 1985 . Pihak keselamatn telah mengarahkan sejumlah besar pasukan polis termasuk unit Polis Hutan membuat kepungan bukan sahaja di sekitar madrasah bahkan di seluruh Kampung Memali . Pihak polis telah membuat sekatan jalan raya dan meminta asy-Syahid Ibrahim Libya untuk menyerah diri namun beliau tetap teguh dengan pendiriannya untuk tidak menyerah diri kepada pemimpin yang zalim .

Akhirnya , pihak polis telah merempuh masuk ke dalam kawasan madrasah beliau dengan sebuah kereta perisai Polis . Beliau telah ditembak dengan kejamnya dan syahid bersama 13 orang pengikutnya yang lain . Peristiwa berdarah ini lebih dikenali sebagai ‘ Tragedi Memali ’ dan tarikh 19 November 1985 pasti tidak akan dilupakan oleh mana-mana pendokong gerakan Islam di Malaysia . Berikutan tragedi ini , PAS telah diasak , ditohmah , dikekang dengan pelbagai cara termasuk dengan mengaitkan peristiwa ini dengan Amanat Hj. Hadi seorang pemikir Islam yang paling berpengaruh dalam PAS ketika itu .Ceramah-ceramah PAS telah diharamkan di beberapa buah negeri seperti Kelantan , Terengganu , Kedah serta Perlis . Kesannya cukup ampuh apabila PAS hanaya memenangi satu kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum tahun 1986 iaitu di kawasan tradisinya , Pengkalan Chepa .




sumber: tintadakwah

Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina

Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak..


اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.




Renungan Hadis

Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita:

Suatu hari seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah. izinkan saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu dan mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini. Dia pun duduk dekat Rasulullah.

Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu? Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu). Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka.

Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka.

Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada saudara perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.

Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ayah)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.

Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.

Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Sesudah itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.

-Riwayat Ahmad-





sumber: Majalah Solusi