17 Oct 2012

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula



1. Coca-Cola

Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion.


2. IBM

Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card. Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBMbernama Thomas J. Watson Sr.


3. Microsoft

Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!


4. Google

Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googolyang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999,Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.


5. GE (General Electric Company)

Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.


6. McDonald

Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonaldkafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari iniMcDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman temaDisney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.


7. Intel

Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronicsatau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.


8. Nokia

Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat,Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.


9. Disney

Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”.Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.


10. Hewlett Packard (HP)

Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE)manakala Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HPuntuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.


11. Toyota

Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.


12. Mercedes Benz

Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimlerdilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benzmencecah AS25.2 bilion.


13. Gillette

King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillettemeningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.


14. CISCO

Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2 bilion.


15. BMW

Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.


16. Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.


17. Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.


18. Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.


19. Samsung

Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.


20. Honda

Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikalHonda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.


21. Hennes & Mauritz (H&M)

H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki.H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.


22. Oracle

Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories(“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.


23. Pepsi

Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”. Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.


24. American Express (AMEX)

Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.


25. Nike

Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports(“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nikesempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.





sumber: usahawan.com

16 Oct 2012

Biografi Buya Hamka (1908-1981)


HAMKA , adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Sebutan Buya pula ialah panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayah kami, atau seseorang yang dihormati. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah Dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjoparonto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 apabila beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun1966, Hamka telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka dilantik sebagai ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an lagi, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.

AL-FATIHAH~~




sumber: luluvikar

7 Oct 2012

Epilog Cinta Adam dan Hawa di Syurga




SYURGA YANG SERBA NIKMAT

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

ADAM KESEPIAN

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

HAWA DICIPTAKAN

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

PERTEMUAN ADAM & HAWA

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

ADAM TERPIKAT

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. “Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

PERKAHWINAN ADAM & HAWA

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

MALAIKAT & BIDADARI MENJADI SAKSI

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

MAHAR PERKAHWINAN ADAM

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

Allahu’alam







sumber : johneox

Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi



Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malam daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan.

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur.

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam.

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh ahli bumi daripada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)


Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.

Allahualam...




sumber : johneox

6 Oct 2012

Ajaibnya Tangan Ibu

Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir?

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan... 



sumber : facebook

5 Oct 2012

Kisah Budak Membaling Batu Ke Arah Kereta Pemuda Kaya


Al-kisah seorang pemuda dalam perjalanan pulang ke kampungnya dengan kereta Mercedes yang baru saja dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak laju walaupun di jalan kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tiba-tiba berlari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.

Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Namun, secara tiba-tiba ada seketul batu yang dibaling mengenai pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan berundur ke tempat di mana bata tersebut dibaling.

Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.

“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru tahu? Dan batu besar yang kau baling tu akan menyebabkan aku hilang banyak wang! Kenapa kau buat macam tu? Jawab!”

Budak tersebut memohon maaf….

“Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.

“Saya membaling batu tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…

Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu berhenti.

“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kerusi rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.

Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”

Pemuda itu tergamam, terdiam dan tersentuh.

Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula.

Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”

Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”

Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah.

Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri.

“Jangan melalui jalan kehidupan dengan terlalu cepat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”

Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling 'batu' ke arah kita supaya kita sedar dan berfikir.





sumber : facebook

Ayat Kun Fayakun Dalam Al-Quran Disebut 8 Kali

Ayat Kun Fayakun (كن فيكون) dalam al-Quran disebut lapan kali. Sesungguhnya pada ayat Allah itu ada tanda kebesaran Allah Taala bagi orang yang ingin mengambil pelajaran.




1. Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 117:

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (١١٧)

Ertinya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.۝



2. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 47:

قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٧)

Ertinya: Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya:Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. ۝


3. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 59:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٥٩)

Ertinya: Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia. ۝


4. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 73:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُنْ فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (٧٣)

Ertinya: Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. ۝


5. Surah al-Nahl (سورة النحل) ayat 40:

إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٠)

Ertinya: Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau!, maka menjadilah ia. ۝


6. Surah Maryam (سورة مريم) ayat 35:

مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٣٥)

Ertinya: Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. ۝

7. Surah Yasin (سورة يس) ayat 82:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٨٢)

Ertinya: Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. ۝


8. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 68:

هُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ فَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٦٨)

Ertinya: Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. ۝






sumber : antalhaq.com

Salahuddin Al-Ayubi dan Zaman Kanak-Kanaknya

Ketika Salahuddin masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak yang lain di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya.

Ayahnya seorang lelaki yang berbadan tegap berkata : "Aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan kanak-kanak yang lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu adalah SUPAYA KAMU MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!!!".

Kemudian ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya & Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya & tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.

Lantas ayahnya bertanya: "Sakitkah jatuh tadi?"

Salahuddin menjawab: "Sakit."

Ayahnya bertanya lagi: "Habis, kenapa tidak menangis meraung kesakitan?".

Salahuddin membalas: "Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu menangis meraung kesakitan."





sumber : facebook

3 Oct 2012

Biografi Syeikh Ahmed Hussein Deedat


Ahmed Hussein Deedat (lahir 1 Juli 1918 – meninggal 8 Agustus 2005 pada umur 87 tahun) adalah seorang cendikiawan Muslim dalam bidang perbandingan agama. Ia juga merupakan seorang pengarang, dosen, dan juga orator. Ia dikenal sebagai salah satu pembicara handal dalam debat public tentang masalah keagamaan. Pada 1957, Deedat bersama dua orang temannya, mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan ia menjadi presiden hingga 1996.

Salah satu tokoh yang paling menonjol & dikenal di sektor Dawah global dalam 50 tahun terakhir atau lebih sebagai diragukan lagi Shaikh Ahmed Deedat. Dia telah mendedikasikan lebih dari 40 tahun hidupnya menyajikan Islam, terutama untuk non-Muslim di seluruh dunia, menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan gratis ini.

Dia yang telah menyampaikan ribuan ceramah ke seluruh dunia dan berhasil melawan beberapa penginjil terkemuka di dunia pada debat umum. Beberapa ribu orang telah masuk Islam melalui Berkah Allah dan sebagai hasil dari upaya ini. Dalam sebuah penghormatan yang pas atas prestasi ini, ia dianugerahi penghargaan Raja Faisal Internasional pada tahun 1986, sebuah pengakuan bergengsi dari nilai upaya dakwah di dunia Islam.

Masa kecil

Ahmed Deedat lahir di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Ia tidak dapat hidup bersama ayahnya sampai tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit yang karena profesinya hijrah berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk mencari kehidupan yang lebih baik, Ahmed Deedat pergi ke Afrika Selatan untuk dapat hidup bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Ahmed Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan menyusul ayahnya tersebut adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam keadaan hidup, karena ibunya meninggal beberapa bulan kemudian.

Di negeri yang asing, seorang Deedat yang baru berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggris mulai menyiapkan dirinya untuk dapat beradaptasi dan bersaing dengan kehidupan baru di koloni Inggris tersebut.

Dengan ketekunannya dalam belajar, Ahmed Deedat tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran Deedat membaca membantunya untuk mendapatkan promosi hingga ia menyelesaikan standar 6. Kurangnya biaya menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya ia terpaksa meninggalkan sekolahnya untuk sementara dan bekerja dalam usaha retail (eceran).

Yang terpenting dari ini semua adalah pada tahun 1936 sewaktu Ia bekerja pada toko muslim di dekat sebuah sekolah menengah Kristen di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tak henti-hentinya dari siswa misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko menanamkan tekad pada dirinya untuk mendalami agama Kristen dan membandingkannya dengan Islam.


Mempelajari Alkitab

Ahmed Deedat menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang berarti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi materi debat dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam memberikan argumen balasan kepada para misionaris Kristen yang melakukan misi penyebaran agama Kristen dibawah otoritas Kerajaan Inggris dan pemerintahan India. Secara khusus, ide untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam diri Ahmed Deedat.

Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mulai melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, ia secara pribadi memanggil guru teologi mereka dan bahkan pendeta-pendeta di daerah tersebut.

Keberhasilan-keberhasilan ini memacu Ahmed Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkawinan, kelahiran anak, dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan dari para misionaris Kristen.

Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekade yang akan datang. Ia memimpin kelas untuk pelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah. Ia mendirikan As-Salaam (Kedamaian), sebuah institut untuk melatih para da’i Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenal sampai saat ini.

Ahmed Deedat adalah anggota awal dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan gratis. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beberapa ribu orang telah menjadi Islam sebagai hasil usahanya.

Sebagai penghargaan yang pantas untuk prestasi yang bersejarah itu, ia mendapat penghargaaan internasional dari Raja Faisal tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Akhir Hayat

Di sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat menjalani rawat jalan terkait penyakit stroke kronis yang dideritanya di kediamannya di Verulam, Afrika Selatan. Pada 8 Agustus 2005, ia meninggal di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Ia dimakamkan di pemakaman Verulam.

Karya Penulisan

Buku The Choice : Dialog Islam-Kristen adalah buku terlaris yang ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini menyebar luas dari Afrika Selatan hingga ke Eropa, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.

Dalam buku ini Ahmed Deedat mengupas tuntas perbedaan antara Islam dan Kristen. Ia mengupas habis beberapa kesalahan yang ia temukan dalam Alkitab baik Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.




sumber : debatislam.com

1 Oct 2012

Kenapa Wujudnya Mazhab?

Dalam membincangkan perkara ini, kita perlu mengetahui beberapa istilah penting. Iaitu taklid, talfiq, ittiba’, muqallid, muttabi’.

Taklid adalah mengikut sesuatu pendapat mazhab/mujtahid tanpa mengetahui hujah-hujah mereka. Sebagai contoh mengikut sesuatu pendapat atau fatwa dari Mazhab Syafi’I tanpa mengetahui hujah dan dalil-dalilnya. Mereka yang bertaklid ini dipanggil muqallid .

Lawan bagi taklid adalah ittiba’. Ittiba’ adalah mengikut atau menerima sesuatu pendapat/fatwa setelah mengkaji/mengetahui hujah dan dalil-dalilnya. Mereka yang berittiba’ dipanggil muttabi’ .

Manakala mujtahid pula adalah orang yang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan. Mereka ini mempunyai ilmu yang tinggi dan bukannya calang-calang orang boleh sampai ke tahap ini.Contoh-contoh mujtahid yang terkenal ialah Imam Syafi’I, Imam Malik, Imam Hanbal, Imam Hanafi, Imam Nawawi, Imam Al-Ghazali dan ramai lagi.

Talfiq adalah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contohnya, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i.

Moga boleh berkongsi Sumber dari buku "Salah Faham Terhadap Bida'ah" karya Dr.Abduk Malik Abd Rahman As Sa'adi (Bertaklid kepada salah satu Mazhab daripada yang empat muka surat 39)



Soalan :

Adakah seseorang muslim itu dimestikan mengikut mahzab yang tertentu di antara mahzab-mahzab Fiqh yang muncul di dalam Islam atau dia hanya perlu mengambil hukum daripada Al Quran dan Hadith sahaja dan mengenepikan mahzab-mahzab tersebut atau di sana terdapat satu huraian yang detail?

Jawapan: 

1. Sekiranya seorang muslim itu mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan hukum daripada ayat Al Quran dan Hadith seta dapat memahami pengertian yang tersirat daripada kuda-keduanya, mampu membeza di antara dalil khas dengan am, dalil am yang dikhususkan, nasikh dan mansukh, mujmal dan mubaiyyin, muhkam dan mutasyabih dan mampu untuk menyelaraskan di antara dalil yang zahirnya bercanggah, maka dia diharuskan mengambil hukum terus daripada Al Quran dan Hadith tanpa perlu merujuk kepada pendapat-pendapat mazhab dan para fuqaha

Selain daripada itu, dia juga mesti memiliki sifat-sifat berikut :

-Mahir dalam ilmu bahasa Arab seperti ilmu Nahu dan Sorof, kerana kedua-dua ilmu tersebut merupakan asas dalam memahami makna lafaz.
-Mengetahui pendapat para ulama berhubung dengan ayat atau hadith itu.
-Mahir dalam kaedah-kaedah Usul Feqh (Qawa'id Usuliyyah)
-Mahir dalam memahami ayat-ayat dan hadith-hadith yang berkait dengan hukum hakam (Ayat Al-Ahkam dan Hadith Al-Ahkam)
-Memilik sifat takwa, amanah dan takut kepada ALlah SWT.

Sekiranya seseorang tidak memiliki sifat-sifat di atas, adalah dikira sebagai satu kezaliman sekiranya seseorang yang tifak tahu membaca ayat Al Quran dengan baik dan tidak mampu untuk membaca nas hadith mengikut kaedah Nahu yang betul kemudian, berani pula mempertikaikan para fuqaha dan mazhab-mahzab yang muncul pada zaman di mana bahasa Arab fasih menjadi pertuturan harian mereka dan zaman mereka lebih hampir dengan zaman RasuluLlah SAW.


2. Sekiranya seseorang tidak memiliki sifat-sifat di atas dan dia tidak memiliki kemampuan seperti mana yang disebut tadi, maka diwajibkannya bertaqlid kepada mana-mana mazhab daripada mahzab-mahzab yang empat.

Dikira sebagai satu kesalahan juga, sekiranya kita mentafsirkan makna ayat Al Quran, iaitu Firman ALLah Ta'ala yang ertinya:

"Mereka menjadikan para ulama dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain dari ALlah."
(At-Taubah: 31)

Dengan mengatakan bahawa ia ditujukan kepada para fuqaha

Qias dengan perkara tersebut kurang tepat kerana para ulama Yahudi dan rahib-rahib Nasrani mereka-reka sendiri hukum-hakam kepada kaum mereka yang bertentangan dengan nas-nas dalam kitab Taurat dan Injil, lalu kaum mereka mengikut apa yang mereka keluarkan itu dalam keadaan sedar bahawa hukum-hakam tersebut bercanggah dengan hukum ALlah, seolah-olah mereka menyamakan ulama dan rahib-rahib mereka itu dengan ALlah dalam menentukan hukum-hakam.

Sedangkan mahzab-mahzab fiqh dalam Islam, mereka bukanlah yang mencetuskan hukum-hakam tetapi mereka cuma berperanan untuk menghurai dan menjelaskan kehendak ayat dan hadith serta pegertiannya. Selain dari itu mereka juga yang meletakkan masalah-masalah semasa yang baru timbul pada kehendak-kehendak ayat atau hadith dan memasukkan setiap juzuk peristiwa yang berlaku di bawah 'Qawaid Syar'iyyah'. Ini tidak dapat dilakukan melainkan mereka yang memiliki sifat-sifat yang telah diterangkan tadi.

Perumpamaan mahzab dengan muqallidnya (pengikut) bagaikan dua orang lelaki yang salah seorangnya memiliki penglihatan yang tajam yang dapat melihat kedudukan anak bulan dengan jelas pada awal bulan, manakala seorang lagi mempunyai penglihatan yang kabur yang tidak dapat melihat kedudukan anak bulan. Lelaki yang pertama tadi dapat melihat anak bulan manakala yang kedua tidak dapat melihatnya, lalu lelaki yang pertama tadi menunjukkannya tempat anak bulan itu di langit sehinggalah lelaki kedua dapat melihatnya. Jadi, rukyahnya berlaku dengan perantaraan lelaki yang tajam penglihatan tadi.

Begitulah keadaannya dengan mahzab-mahzab, kerana mereka mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membezakan di antara dalil yang zahir (yang jelas) dengan dalil yang perlu ditakwil, di antara nasikh dan mansukh, memahami nas melalui kaedah-kaedah bahasa, lalu mereka mengeluarkan hukum.

Setelah itu, hukum yang dikeluarkan itu diterima secara lisan atau tulisan oleh mereka yang tidak mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk memahami dalil-dalil tadi. Jadi, mahzab-mahzab tadi bukanlah yang mencetuskan hukum-hakam yang bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak ada paksaan pada mengikut mereka, lebih-lebih lagi menganggap mereka tuhan-tuhan selain daripada ALlah SWT. Apa yang mereka bahaskan tidak lari dari skop yang dibenarkan oleh ALlah yang Maha Bijaksana.






sumber : Halaqah