30 Sep 2012

Bagaimana Sebenar-Benarnya Taubat?



Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa dia mengatakan, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Tahukah kamu sekalian, siapakah orang yang benar-benar bertaubat?" Kami menjawab : "ALLAH dan Rasul-Nya lebih tahu."


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

✦ Barang siapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak bertambah tekun ibadahnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak berusaha membuat seteru-seterunya rela (kepadanya), maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian dan perhiasannya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabat-sahabatnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak melipatkan tilam dan tikarnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang ada di tangannya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ maka apabila kelakuan-kelakuan ini semua telah nyah dari seorang hamba, barulah dia menjadi orang yang sungguh-sungguh bertaubat...




sumber : fb

29 Sep 2012

Apa Itu Miskin?



"Miskin tu apa, Bu? Anak-anak di taman kata kita miskin. Benarkah, Bu?" tanya si anak.

"Tidak, kita tidak miskin, Aiko," jawab ibunya.

"Habis, miskin itu apa?" Aiko, si anak, bertanya lagi.

"Miskin itu maknanya tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada orang lain."

Aiko agak terkejut. "Oh? Tapi kita perlukan semua barang yang kita ada...

Apa yang boleh kita beri?" soalnya.

"Ingat tak makcik jual barang yang ke sini minggu lalu? Kita beri sebahagian makanan kita kepada dia. Bila dia tidak dapat tempat menginap di bandar, dia kembali ke sini dan kita berikan dia tempat tidur kita."

"Ya, kita tidur pun jadi bersempit-sempit," jawab Aiko.

Tapi si ibu tidak mahu mengalah. "Dan, kita sering beri sebahagian sayur kita kepada keluarga Watari, bukan?" katanya.

"Itu Ibu yang beri. Cuma saya seorang yang miskin. Saya tak punya apa-apa untuk saya berikan kepada orang lain."

Si ibu tersenyum dan memberikan pandangan lembut pada anaknya. "Oh, kamu tidak miskin, Aiko. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Fikirkanlah. Kamu akan menemukan sesuatu."

Tidak lama kemudian, sang anak pun mendapatkan jawabannya. "Bu! Saya mempunyai sesuatu untuk saya berikan. Saya dapat memberikan cerita-cerita saya kepada teman-teman. Saya dapat memberikan cerita-cerita dongeng yang saya dengar dan baca di sekolah."

"Tentu! Kamu pandai bercerita, seperti ayahmu. Semua orang suka mendengar cerita."

"Saya akan memberikan cerita kepada mereka, sekarang juga!"


p/s : Dialog tersebut terdapat dalam kumpulan kisah-kisah inspirasi, Aiko and Her Cousin Kenichi. Ia menimbulkan kesadaran bahawa, setiap kita memang boleh memberi. Ini bukan sekadar kesedaran sosial, tetapi kesedaran untuk menjadi insan yang baik dengan cuba membahagiakan orang lain.

Suatu hari datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya, Ya Rasulullah, sedekah apa yang paling besar pahalanya? Rasulullah saw mengatakan, Engkau bersedekah sedangkan engkau sedang dalam keadaan sihat, sangat memerlukan (kepada harta), takut miskin, dan punya keinginan untuk menjadi kaya. (HR. Bukhari dan Muslim)




28 Sep 2012

Isu Menjawab Kiriman Salam Yang Salah



Ramai yang membesarkan isu menjawab kiriman salam sejak kebelakangan ini. Ianya dipost dari facebook ke facebook, berbunyi lebih kurang begini:

"Bila ada orang kirim salam, menjawab: Waalaikumussalam adalah salah. Sepatutnya, waalaihissalam atau waalaihassalam kerana yang berikan salam tiada di hadapan kita."

Sebenarnya, ada kesilapan yang besar di dalam 'pembetulan' ini.

Menjawab Waalaikumussalam adalah BETUL sebenarnya, kerana makna 'waalaikumusalam' adalah 'kepada kamu semua salam/sejahtera'. Maka kamu semua ini hakikatnya termasuk pemberi kiriman salam, dan yang mengirimkan salam.

Bila yang memberi salamnya adalah seorang, pun pakai waalaikumussalam, kerana 'kum' di situ, walaupun jama'(untuk ramai), tetapi ianya adalah tanda penghormatan kepada yang memberikan salam. Antara tradisi arab apabila memuliakan seseorang atau sesuatu, dia akan menjama'kannya. Sebab itu Allah SWT sendiri apabila membahasakan diriNya, kadangkala Dia membahasakan diriNya sebagai 'kami'. Bahasa inggeris panggil, 'the royal We'.

Maka, Waalaikumussalam adalah suitable untuk pelbagai situasi. Sama ada jawab salam direct, mahupun jawab kiriman salam.

Tak perlu nak pening-pening sangat nak waalaika, waalaiha, waalahi, waalaihu dan segala bagai.

Ini menyukarkan orang yang tak tahu Bahasa Arab, dan orang awam.

Melainkan BERDOSA, baru kita kecoh.

Selagi benda itu tak berdosa, dan tak ada masalah bila buat, maka tak payahlah kecoh sangat.




Oleh : Hilal Asyraf (status facebook beliau)

21 Sep 2012

Ubat Sangka Baik

Sebaik sahaja pintu klinik dibuka, seorang jejaka tampan bertubuh tegap meluru masuk ke meja pendaftaran. Kebetulan doktor yang memiliki klinik, baru sahaja tiba beberapa minit sebelum jejaka tersebut. Menggeliat-geliat doktor separuh usia itu sebelum duduk di kerusinya. Maklumlah memandu dalam suasana sesak sesiapa pun boleh jadi rimas.

Melihat fail jejaka yang menjadi pelawat pertama kiliniknya pagi itu, sang doktor terus meminta pembantunya memanggil masuk jejaka yang datang untuk temu janji dan rawatan susulan.

"Assalamua'laikum doktor," kata jejaka itu sebaik pintu dibuka.

"Waalaikumussalam w.r.t. Wah! Ceria, sihat, cergas dan yang sewaktu dengannya saya lihat awak pagi ini," doktor itu memang terkenal dengan sikap bersahaja dan berselorohnya.

"Alhamdulillah doktor, ubat-ubat yang doktor berikan semuanya berkesan. Benar-benar membantu saya," jejaka tersebut melaporkan perkembangannya.

"Awak makan semua ubat yang saya berikan ikut jadual?" tanya doktor seperti lazimnya.

"Ya.", jawab pemuda itu.

"Dari jumlah ubat yang saya berikan hari itu, awak rasa ubat yang mana satu paling berkesan?" doktor berpengalaman itu cuba mendapatkan laporan seakan-akan testimoni.

"Ubat yang berlabel SB, yang perlu diambil sekurang-kurangnya dua kali, sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur. Yang doktor kata boleh diambil sebanyak mana dosnya pun, tidak mudharat. Jadi saya pun ambilnya banyak kali setiap kali saya mula rasa ada tanda-tanda serangan, Alhamdulillah, ia mujarab doktor," jejaka tampan itu bercerita dengan cerianya.

"Baguslah, kalau begitu saya kekalkan ubat berlabel SB ini dan ubat-ubat yang lain tidak perlu lagi diambil. Saya kira awak dah benar-benar sihat sekarang, kekalkan gaya hidup sekarang dan teruskan mengambil SB," kata doktor.

"Terima kasih doktor," kata jejaka itu sambil mengucapkan salam dan berlalu ke pintu.

"Sebentar," tiba-tiba doktor memanggil jejaka tersebut. 

"Awak tahu apa itu SB dan juga ramuan utamanya?" tanya doktor menguji sang jejaka.

"Ya doktor. SB maknanya sangka baik, ramuan utamanya percaya kepada qadha' dan qadar ALlah, zikir dan doa," lancar sekali jawapan jejaka tampan itu setiap kali menjawab pertanyaan doktor.

"Kalau begitu saya sahkan kamu memang sudah benar-benar sembuh, tahniah," doktor mengangkat ibu jari tangannya ke arah jejaka tersebut.


Bersangka baik, kunci sesuatu ikatan..
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham terhadap kita,
kerana Allah faham isi hati kita..
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,
kerana tiada hakim sebaik Allah..



sumber : facebook

19 Sep 2012

Sheikh Raed Salah : Soal Jawab Situasi Sebenar Palestin Sejak 1940-an

Sheikh Raed Salah. Nama yang paling digeruni rejim Israel. Aktivis dan ahli politik Palestin ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai manusia untuk menghalang orang Yahudi memasuki dan mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa. 

Beliau juga pernah dipenjarakan dua tahun oleh Israel kerana keberaniannya berjuang mempertahan tanah air. Sheikh Raed yang berada di Malaysia sejak 4 September lalu, menceritakan situasi sebenar dan penderitaan luar biasa orang Palestin yang bermula sejak 1948, selepas penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.


Ikuti sesi soal jawab bersama tokoh hebat ini ketika majlis ramah mesra yang dianjurkan pertubuhan Aman Palestin di Shah Alam, awal bulan ini.

1. Bagaimana keadaan di Palestin dulu dan sekarang?

Sejak 1940-an, Israel memusnahkan 1,200 masjid dan tempat bersejarah Islam. Kini, hanya 50 masjid masih ada di Tebing Barat. Tetapi Israel mengubah masjid tersebut menjadi kedai arak, pub dan kandang haiwan. Ada juga yang dijadikan tempat tari menari, synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan muzium yang diletakkan patung Yahudi. Mereka mencabuli kesucian masjid kita! Selain itu, Israel membongkar kubur orang Islam, membuang tulang ke dalam laut kemudian mendirikan rumah serta jalan raya.

Di Tel Aviv, ada taman dan hotel yang cantik, semuanya dibina di atas kubur orang Islam. Kalau ini bukan kezaliman, maka apa lagi? Baru-baru ini kami membuat demonstrasi selepas Universiti Tel Aviv mengumumkan akan membina bangunan tambahan di atas kubur orang Islam. Saya tanya kepada mereka, tamadun apa yang benarkan kita aniaya orang mati?

2. Berapa banyak tanah yang masih dimiliki orang Palestin?

Kini, hanya tiga peratus tanah Palestin dimiliki orang Islam, selebihnya dirampas Yahudi dengan bantuan Britain (yang menjajah Palestin sebelum 1948). Ribuan orang Islam Palestin hidup di antara langit dan bumi. Israel mencabut pokok zaitun kami, dan gunakan pesawat untuk bakar kebun kami. Kalau anda nak tahu, ada sebuah kampung di Naqab, Tebing Barat, yang telah dihancurkan 40 kali oleh Yahudi. Setiap kali dimusnahkan, kami bina semula. Itulah pendirian orang Palestin, kami tidak akan menyerah kalah.

3. Bagaimana keadaan Masjid Al-Aqsa sekarang?

Sejak akhir kurun ke-18 lagi, (Perdana Menteri pertama Israel) David Ben Gurion berkata, tiada nilai bagi Israel tanpa Baitulmaqdis, dan tiada nilai bagi Baitulmaqdis tanpa Masjid Al-Aqsa. Kini Israel mahu umumkan pembahagian Al-Aqsa, satu kepada Palestin, satu kepada Yahudi. Apabila mereka dapat bahagian mereka dengan sokongan dunia antarabangsa, mereka akan runtuhkan Al-Aqsa.

Saya mahu sampaikan tiga mesej penting kepada orang Islam seluruh dunia mengenai Al-Aqsa :

i. Isu Al-Aqsa adalah isu al-Quran. Jika kita baca al-Quran, kita tahu Al-Aqsa perlu dipertahankan.

ii. Isu ini bukan hanya milik Palestin, tetapi semua orang Islam. Tentu kita tidak benarkan orang menceroboh masuk rumah kita, jadi begitulah kita perlu pertahan Al-Aqsa.

iii. Kita tahu Israel ada semua kekuatan tetapi mereka akan kalah. Sejarah menunjukkan setiap penjajahan ke atas Al-Aqsa gagal. Yang kekal adalah orang Palestin, pemilik sebenar tanah itu.

4. Israel memberitahu dunia Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak kuil paling suci ajaran Yahudi. Apa pendapat anda?

Mengenai dakwaan itu, Israel sendiri telah mengorek terowong selama 40 tahun untuk buktikan kewujudan kuil itu yang kononnya berada di tapak Al-Aqsa, tetapi sampai sekarang mereka tidak temui sebarang bukti.

Ya, cita-cita akhir mereka adalah untuk membina kuil itu (dianggap tempat beribadat paling suci dalam ajaran Yahudi) selepas meruntuhkan Al-Aqsa. Matlamat ini tidak pernah berubah. Apabila wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pergi melawat Al-Aqsa, Unesco melaporkan Israel menggali jaringan terowong di bawah Al-Aqsa menggunakan bahan kimia. Tujuan utama adalah untuk runtuhkan Al-Aqsa.

5. Anda pernah ditahan di penjara Israel. Boleh kongsi pengalaman?

Pada masa ini, Israel sedang penjarakan lebih 500,000 orang Palestin. Ada yang syahid semasa dalam tahanan, ada yang mati ketika disiasat atau akibat sakit. Ada wanita hamil ditahan sehingga melahirkan anak di dalam penjara. Kanak-kanak yang umurnya kurang 10 tahun juga dipenjarakan. Mana ada penjara di dunia yang menahan kanak-kanak? Hanya Israel yang buat begitu.

Lelaki yang dipenjarakan seumur hidup tidak mungkin dapat berjumpa keluarganya. Mereka hanya akan jumpa anak mereka, apabila anak itu juga dipenjarakan kerana menentang kezaliman Israel.

6. Revolusi dunia Arab tahun lalu, apa kesannya kepada Palestin?

Apabila orang Arab mendapat pemerintahan yang sah, dipilih oleh rakyat sendiri, ia akan membantu membebaskan Palestin dan Al-Aqsa. Israel sebolehnya mahu semua diktator ini kekal di bumi Arab supaya mereka boleh mengawal orang Arab daripada memberi bantuan kepada Palestin. Tetapi kini rakyat Arab telah bebas, dan mereka ini akan mainkan peranan membantu Palestin. Pembebasan Kaherah dan Damsyik adalah jalan kepada pembebasan Palestin.

7. Bagaimana layanan kerajaan Mesir terhadap Palestin sekarang?

Mohamed Morsi adalah presiden pertama dipilih rakyat dalam sejarah Mesir. Beliau berdepan banyak masalah besar, seperti kemiskinan, pengangguran dan tekanan daripada tentera. Morsi juga terpaksa berdepan dengan perjanjian lalu yang ditandatangani presiden sebelum ini. Saya percaya beliau boleh lakukan perubahan bukan saja untuk Mesir tetapi dunia Arab kerana dia mempunyai akhlak yang baik serta bijaksana. Ini tentu sekali akan memberi kesan positif kepada Palestin, terutama wilayah Gaza. Namun buat masa ini, kita perlu beri peluang kepada beliau untuk menyelesaikan lebih banyak masalah besar di negaranya sendiri.

8. Pendapat mengenai peranan dunia Islam dalam membantu Palestin.

Saya banyak kali ke ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan cerita mengenai keadaan Palestin, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa. Memang OIC mahu menolong dan janji akan tunai kewajipan untuk bantu Al-Aqsa.

Cuma masalahnya, kita belum sampai tahap kesatuan Islam secara rasmi. Semua orang Islam cintakan Al-Aqsa dan mahu bantu, tetapi tiada dasar politik tetap di peringkat antarabangsa dalam kalangan negara Islam untuk sokong isu Palestin.

9. Tidakkah penyatuan orang Palestin sendiri menjadi kunci kepada penyelesaian konflik ini?

Ya, semua rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis, termasuk Al-Aqsa, menjadi ibu negara. Tetapi Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikan kesan buruk kepada rakyat Palestin.

Mereka ingin gagalkan penyatuan Hamas dan Fatah (dua kumpulan Islam utama di Gaza dan Tebing Barat). Israel beri kata dua kepada Fatah, “sama ada kamu buat perjanjian dengan Hamas, atau kita hentikan perjanjian damai”.

AS dan Eropah pula kata “kamu berdamai dengan Hamas, kami hentikan bantuan”. Ini meletakkan kami dalam keadaan sukar. Apa yang pasti, penyatuan rakyat Palestin hanya akan tercapai apabila Fatah berani menolak tekanan Israel dan AS.

10. Nasihat anda kepada orang Malaysia.

Saya merasa tenang dan timbul perasaan harapan apabila tiba di Malaysia. Saya mahu kejayaan Malaysia dibawa kepada negara Islam lain dan dijadikan contoh. Hanya penyatuan umat Islam dapat memberi kekuatan kepada Palestin. Berpeganglah kepada tali ALLAH SWT dan jangan berpecah-belah. Apabila kita berpecah-belah, kehebatan umat Islam akan hilang dan agenda Zionis akan berleluasa di negara Islam.





sumber : Sinar Harian

18 Sep 2012

Dialog Pemuda Salaf dan Seorang Kiyai

Ini adalah sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.

Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.

Sikap pemuda yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.



Kisahnya begini :

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.




17 Sep 2012

23 Kisah Kematian Yang Paling Pelik Di Dunia



1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air


Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang suka minum arak.Suatu ketika dia sedang mabuk waktu naik perahu melewati sungai Yangtze.Dia melihat bayangan bulan di air.Kerana mabuk,dia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya,namun gagal.Akhirnya dia jatuh ke air dan tenggelam.

2. Meninggal kerana janggut

Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia.Panjangnya sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengharuskan semua orang lari.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati seketika.

3. Meninggal kerana menahan buang air kecil

Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,dia sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia).Adat pada masa itu meyakini bahwa pergi di tengah jamuan makan,termasuk untuk buang air,adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan.Kandung kemihnya melebar sampai ke hadnya,dan terjadilah infeksi (sistitis) yang parah.Beliau meninggal 11 hari kemudian.

4. Meninggal kerana tongkat konduktor

Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan sembuhnya Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687.Kerana terlalu bersemangat,dia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya.Terjadi abses (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan).Lully menolak amputasi,dan akhirnya dia pun mati karena infeksi yang menyebar ke seluruh tubuh.

5. Meninggal kerana lidah tergigit

Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan syarikat 'Agency Pinkerton detective'nya.Suatu hari dia sedang berjalan di kaki lima.Dia tergelincir.Tidak sengaja lidahnya tergigit,dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.

6. Meninggal kerana menendang peti

Serupa dengan Lully,tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel,seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee,Amerika Syarikat.Pada suatu subuh dia ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nomor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut.Salah satu jarinya terluka,meradang (infeksi),dan akhirnya membunuhnya.

7. Meninggal kerana kulit jeruk

Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang stuntman.Dia juga orang kedua di dunia yang berhasil menaklukkan air terjun Niagara dengan barrel-nya.Dia meninggal tahun 1926,dua bulan setelah tungkainya diamputasi.Mengapa?,Ternyata dia tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di jalanan,di Selandia Baru.Tungkainya patah dan terjadi infeksi berat.Ketika itu belum ada antibiotik.

8. Meninggal kerana payung terjun gagal mengembang

Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berhasil membuat jaket berparasut.Suatu penemuan baru.Dia ingin mencubanya dengan melompatdari puncak menara Eiffel.Sebelumnya dia merancang memakai patung,namun akhirnya tidak jadi.Dia memutuskan memakai sendiri jaket tersebut.Ternyata,seperti yang dirisaukan ramai orang,jaket itu tidak berfungsi dan dia pun mati seketika.

9. Meninggal setelah diracun,ditembak 4 kali,dipukul dan akhirnya ditenggelamkan

Grigori Rasputin (1869-1916) mula-mula diracun dengan sianida.Dosnya setara untuk membunuh 10 orang.Tapi kerana diketahui kemudian bahwa sianidanya sudah rosak oleh pemanasan makanan,dia tidak mati.Lalu dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan kawan-kawannya.Dia tidak mati juga.Dia ditembak lagi 3 kali,tapi tidak mati juga.Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin.Dari hasil autopsi,sebab kematian sebenarnya adalah tenggelam.

10. Meninggal kerana bola besbol

Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang mati dalam pertandingan besbol.Dia mati kerana kepalanya terkena balingan bola dari Carl Mays.Pada saat itu,bola besbol biasanya dilumuri tanah oleh pembaling bola sebelum dibaling,untuk mempersulit lawan melihat bolanya.

11. Meninggal kerana selendang

Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian modern.Dia gemar memakai selendang pada saat bepergian.Pada September 1927,dia sedang naik kereta,dengan tingkap terbuka dan kereta bergerak dalam kecepatan tinggi.Saat itu dia memakai selendang yang berukuran besar.Kerana selendangnya “terbang” sampai ke tayar,dia tercekik seketika dari tingkap kereta.

12. Meninggal ketika membicarakan Hitler

Pada tahun 1943,seorang pengkritik nazisme dan fasisme bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika tengah membicarakan Adolf Hitler.

13. Meninggal di pentas konsert

Leslie Harvey,gitaris Stone the Crows,meninggal pada tahun 1972 kerana terkena renjatan letrik dari mikrofon yang dia gunakan di pentas konsert.

14. Meninggal ketika siaran TV

Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya reporter TV yang meninggal di tengah siaran langsung TV.Dia menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) tanggal 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelumnya memang sudah bermasalah dengan depresi yang berlarut-larut.

15. Meninggal kerana “dibunuh robot”

Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot sedang tidak berfungsi.Tiba-tiba robot bergerak dan lengan robot tersebut terkena kepala Williams.Dia mati seketika pada 25 Januari 1979.Hanya 2 tahun berselang,kemalangan serupa terjadi di Jepun.Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja menolak tubuhnya ke dalam mesin putar.

16. Meninggal kerana terpenggal helikopter

Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya mati kerana terpenggal baling-baling helikopter ketika sedang syuting untuk film Twilight Zone,pada tahun 1982.Kes ini mendorong Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja anak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi syuting.

17. Meninggal kerana kaktus

Masih tahun 1982,David Grundman dan seorang sahabatnya sedang pergi berburu kaktus.Mereka bertemu sebuah kaktus besar.Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun.Di depannya ada sebuah kaktus kecil.Mereka menembak kaktus kecil dulu,dan berhasil.Sekarang giliran yang besar.Tapi yang terjadi,malah kaktus raksasa tadi tertembak sampai berlobang,dan akhirnya jatuh menimpa Grundman.Dia mati seketika.Benar-benar balas dendam oleh kaktus!.

18. Meninggal kerana tutup botol

Tennessee Williams (1911-1983),penulis drama Amerika Syarikat,mati karena tercekik tutup botol yang tertelan ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York.Hal ini diduga berkaitan dengan kebiasaannya menaruh tutup botol di kedua mata dan mulutnya ketika sedang minum-minum.

19. Meninggal ketika melawak

Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Serikat.Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!),dia langsung terbaring di lantai.Penonton mengira itu adalah bagian dari lawaknya.Tapi kerana dia tak bangun-bangun lagi,beberapa petugas pentas pun memeriksanya dan melakukan bantuan napas kecemasan.Tidak lama kemudian dia pun meninggal.

20. Meninggal kerana terkena renjatan letrik

Pada tahun 1991,seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen,terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di kebunnya.Setelah itu dia terpegang sebuah kabel telanjang (tanpa bungkus),dan terkena renjatan letrik sampai meninggal.Setelah pemakamannya,adik Paen datang ke kebun tersebut.Dia juga terpijak tahi lembu yang sama,terpegang kabel yang sama,dan meninggal juga.

21. Meninggal kerana domba

Pada tahun 1999,Betty Stobbs sedang memberi makan domba-dombanya dengan motorsikal.Makanan untuk para domba tersebut terletak di belakang motorsikalnya.Ketika itu,domba-domba tersebut rupanya sedang kelaparan.Mereka pun menyerbu makanan di belakang motorsikal tersebut,sampai-sampai Stobbs terlempar ke jurang sedalam 30 meter.Dia belum meninggal kerana “lemparan” ini.Namun ke mana pergi motorsikalnya?.Ternyata ada tepat di belakangnya,dan dia pun mati tertimpa motorsikalnya sendiri.

22. Meninggal kerana rak buku

November 2006,Mariesa Weber (38 tahun) diduga hilang.Sudah 2 minggu dia tidak ditemui oleh keluarganya (padahal dia mati di rumah sendiri!).Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah tumpukan rak buku yang jatuh.Nampaknya dia sedang berusaha memasang kabel TV yang hanya dapat dicapai dengan berdiri di atas meja tulis di sebelah rak buku.Namun malangnya a jatuh dengan kepala lebih dulu,dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber.

23. Meninggal kerana game online

Pada tahun 2005,Lee,seorang lelaki Korea Selatan berusia 28 tahun,mati setelah 50 jam nonstop bermain game online Starcraft di sebuah cyber cafe di Daegu.





sumber : facebook

14 Sep 2012

Bila Imam Al-Bukhari Beramal atau Berhujjah Dengan Hadith Dhaif

Imam Al-Bukhari sangat teliti memilih hujah-hujahnya. Sedapat mungkin beliau berhujah hanya dengan hadis-hadis yang sahih, namun begitu beliau tidak menutup pintu untuk beramal dengan hadis daif jika terdapat aspek-aspek eksternal (قرائن خارجية) tertentu yang menyokongnya. Beliau menggunakan hadis-hadis dhaif seperti ini bukan hanya dalam fadail a’mal, bahkan dalam beberapa permasalahan hukum. Namun nisbah hadis-hadis seperti ini sangat sedikit dibandingkan hadis-hadis sahih yang beliau gunakan.

1. Al-Bukhari beramal dengan hadis daif apabila kandungan hadis itu disokong oleh pelbagai hadis-hadis lain yang serupa dengannya.

Contohnya ucapan Al-Bukhari dalam kitab Al-Zakat:

وَقَالَ طَاوُس : قَالَ مُعَاذ لِأَهْلِ الْيَمَنِ ائْتُونِى بِعَرْضٍ ثِيَابٍ خَمِيصٍ أَوْ لَبِيسٍ فِى الصَّدَقَةِ ، مَكَانَ الشَّعِيرِ وَالذُّرَةِ أَهْوَنُ عَلَيْكُمْ ، وَخَيْرٌ لأَصْحَابِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم بِالْمَدِينَةِ .

Dan berkata Tawus: Berkata Muadz kepada Ahli Yaman: “Berikan kepadaku pakaian yang lebar untuk zakat, sebagai ganti daripada gandum dan jagung, perkara itu lebih ringan untukmu dan lebih baik bagi sahabat-sahabat Nabi Saw di Madinah.”

Hadis ini beliau sebutkan untuk menyokong pendapat beliau berkenaan dengan kebolehan mengambil barang-barang lain selain emas dan perak sebagai zakat. Pendapat ini selari dengan mazhab Hanafi. Berkata Ibn Rusyaid: “Al-Bukhari sepakat dengan Hanafiah dalam masalah ini meski beliau seringkali berbeza pandangan dengan mereka. Dalil yang membawa beliau kepada sikap ini.”[5]

Jika kita kaji, sanad hadis ini sebenarnya munqati (terputus), Tawus bin Kisan tidak berjumpa dengan Muadz bin Jabal. Berkata Ibn Hajar:

هَذَا التَّعْلِيق صَحِيحُ الْإِسْنَادِ إِلَى طَاوُس ، لَكِنَّ طَاوُسًا لَمْ يَسْمَعْ مِنْ مُعَاذ فَهُوَ مُنْقَطِع ، فَلَا يُغْتَرُّ بِقَوْلِ مَنْ قَالَ ذَكَرَهُ الْبُخَارِيّ بِالتَّعْلِيقِ الْجَازِمِ فَهُوَ صَحِيحٌ عِنْدَهُ لِأَنَّ ذَلِكَ لَا يُفِيدُ إِلَّا الصِّحَّة إِلَى مَنْ عُلِّقَ عَنْهُ ، وَأَمَّا بَاقِي الْإِسْنَادِ فَلَا ، إِلَّا أَنَّ إِيرَادَهُ لَهُ فِي مَعْرِضِ الِاحْتِجَاجِ بِهِ يَقْتَضِي قُوَّتَهُ عِنْدَهُ ، وَكَأَنَّهُ عَضَّدَهُ عِنْدَهُ الْأَحَادِيثُ الَّتِي ذَكَرَهَا فِي الْبَابِ .

Ta’liq ini sahih sanadnya kepada Tawus, akan tetapi Tawus tidak mendengar daripada Muadz, jadi ia munqati. Maka janganlah tertipu dengan ucapan orang yang berkata bahawa Al-Bukhari menyebutnya dengan sighat jazm bermakna hadis ini sahih di sisinya, sebab perkara ini hanya menunjukkan kesahihan hingga kepada orang yang dita’liq (yakni Tawus), adapun baki sanadnya tidak (sahih). Akan tetapi, beliau menyebutkan hadis ini untuk hujah menunjukkan kuatnya hadis ini di sisinya.Mungkin menurut beliau (kandungan) hadis ini disokong oleh hadis-hadis yang beliau sebutkan dalam bab ini.[6]

Sebelumnya, hadis ini juga dihukumkan munqati oleh Imam Al-Syafii, namun beliau menerima kandungannya karena beliau percaya Tawus benar-benar mengetahui perkara ini. Berkata Al-Syafii: “Tawus mengetahui perkara Muadz meskipun beliau tidak berjumpa dengannya karena beliau berjumpa ramai dengan murid-murid Muadz di Yaman setahuku.”[7]


2. Al-Bukhari Beramal dengan hadis dhaif apabila kandungan hadis tersebut bersesuaian dengan amal yang disepakati seluruh ulama.

Berkata Al-Bukhari:

وَيُذْكَر أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى بِالدَّيْنِ قَبْل الْوَصِيَّة

Disebutkan bahawa Nabi Saw menetapkan bahawa hutang (mesti dibayar) sebelum wasiat.

Al-Bukhari menyebutkan hadis ini untuk menyokong pendapatnya bahawa membayar hutang orang yang meninggal dunia mesti didahulukan daripada melaksanakan wasiatnya. Meski hadis ini lemah sanadnya, namun beliau berhujah dengannya karena aspek lain yang meliputi hadis ini, iaitu para ulama bersepakat mengamalkan hadis ini.

Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar:

هَذَا طَرَف مِنْ حَدِيث أَخْرَجَهُ أَحْمَد وَالتِّرْمِذِيّ وَغَيْرهمَا مِنْ طَرِيق الْحَارِث وَهُوَ الْأَعْوَر عَنْ عَلِيّ بْن أَبِي طَالِب قَالَ : ” قَضَى مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ الدَّيْن قَبْل الْوَصِيَّة ، وَأَنْتُمْ تَقْرَءُونَ الْوَصِيَّة قَبْل الدَّيْن ” لَفْظ أَحْمَد وَهُوَ إِسْنَاد ضَعِيف ، لَكِنْ قَالَ التِّرْمِذِيّ : إِنَّ الْعَمَل عَلَيْهِ عِنْد أَهْل الْعِلْم ، وَكَأَنَّ الْبُخَارِيّ اِعْتَمَدَ عَلَيْهِ لِاعْتِضَادِهِ بِالِاتِّفَاقِ عَلَى مُقْتَضَاهُ ، وَإِلَّا فَلَمْ تَجْرِ عَادَته أَنْ يُورِد الضَّعِيف فِي مَقَام الِاحْتِجَاج بِهِ ، وَقَدْ أَوْرَدَ فِي الْبَاب مَا يُعَضِّدهُ أَيْضًا

Ini adalah sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Tirmidzi dan lain-lain, dari jalan Harith Al-A’war, dari Ali bin Abi Talib: “Muhammad Saw telah menetapkan bahawa hutang sebelum wasiat, namun kamu membacanya wasiat sebelum hutang.” Demikian lafaz Ahmad. Ia adalah sanad yang lemah, akan tetapi Al-Tirmidzi berkata bahawa amal berlaku atas hadis ini menurut para ahli ilmu.Seolah-olah Al-Bukhari berpegang dengan hadis ini karena sokongan kesepakatan (ulama) akan isinya. Jika tidak, bukan kebiasaan beliau menyebutkan hadis dhaif dengan tujuan berhujah. Beliau juga menyebutkan di dalam bab ini, perkara-perkara yang menyokongnya.[8]

Menarik ucapan Ibn Hajar bahawa bukan kebiasaan Al-Bukhari berhujah dengan hadis dhaif, namun beliau kadangkala melakukannya jika memenuhi syarat-syarat tertentu sebagaimana kesimpulan saya di atas. Ini juga menyokong kesimpulan bahawa Al-Bukhari tidak pernah melarang beramal dengan hadis dhaif, malah kadang melakukannya sebagaimana sikap jumhur fuqaha.

3. Al-Bukhari terkadang beramal dengan hadis dhaif apabila kandungannya menjelaskan atau menafsirkan kandungan hadis lain.

Misalnya, berkata Al-Bukhari:

وَيُذْكَر عَنْ أَبِي حَسَّان عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَزُور الْبَيْت أَيَّام مِنًى

“Disebutkan daripada Abu Hassan dari Ibn Abbas bahawa Nabi Saw berziarah (maksudnya: melakukan tawaf ziarah/ifadah) pada hari-hari Mina.”

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, tujuan Al-Bukhari menyebutkan hadis ini adalah untuk menghimpun dua riwayat yang saling bertentangan, yakni riwayat Ibn Umar dan Jabir yang menceritakan bahawa Nabi Saw melakukan tawaf ifadah pada siang hari, dan riwayat Abu Zubeir dari Ibn Abbas bahawa Nabi Saw melakukan tawaf itu pada malam hari. Riwayat Abu Hassan ini menghimpun kedua hadis ini dan menyimpulkan bahawa Nabi Saw melakukan kedua-duanya (tawaf pada siang dan malam hari) sebab baginda tawaf berkali-kali selama mabit di Mina.

Berkata Ibn Hajar: “Maka yang dimaksudkan dalam hadis Jabir dan Ibn Umar adalah hari pertama. Dan hadis Ibn Abbas untuk hari-hari (Mina) yang lain.”[9] Beliau juga berkata: “Terdapat hadis mursal yang menyokong riwayat Abu Hassan ini. Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dari Ibn Uyainah: telah memberitahuku Ibn Tawus dari bapanya: bahawa Nabi Saw bertawaf setiap malam.”[10]

Jadi, jelaslah bahawa Al-Bukhari berhujah dengan hadis ini dalam sebuah masalah hukum. Padahal, jika kita perhatikan sanad hadis ini, ianya cukup lemah. Guru-gurunya, seperti Ibn Al-Madini dan Ahmad bin Hanbal, mengingkari hadis ini karena tidak ada yang meriwayatkannya dari Qatadah melainkan Hisyam. Agaknya, pandangan Al-Bukhari tentang hadis ini pun tidak jauh beza dengan kedua gurunya.

Berkata Ibn Hajar:[11]
وإنَّما مَرَّضَه البُخاريُّ لِشِدَّةِ غَرابَتِهِ
Al-Bukhari menyebutnya dengan sighat tamrid karena sangat munkarnya.

Pendirian Imam Al-Bukhari ini samasekali tidak merendahkan darjat beliau sebagai ahli hadis yang paling unggul, malah menunjukkan ketinggian darjat beliau dalam hadis dan fiqh sekaligus. Sebab sikap yang beliau tunjukkan ini tidak lain adalah pendapat majoriti ulama dari kalangan ahli hadis dan ahli fiqh dari kalangan ulama tabiin, juga guru-guru Al-Bukhari, rekan-rekannya, dan murid-muridnya, dan sebahagian besar ulama pada hari ini.

Kenyataan ini sekaligus menyadarkan kita untuk selalu melihat para ulama secara objektif dan bukan melalui mata subjektifiti yang hanya menginginkan mereka berperilaku selari dengan pemahaman dan kemahuan kita. Semoga Allah memberikan kebijaksanaan kepada kita semua dalam melihat kebenaran. 

Wallahu a’lam bissawab.

[1] Pendapat sedemikian pernah disebutkan oleh Syeikh Al-Qasimi dalam “Qawaíd Al-Tahdith” hal. 113. Beliau berkata: “Yang zahir, mazhab Al-Bukhari dan Muslim seperti itu (yakni tidak beramal dengan dhaif secara mutlak. Menunjukkan perkara itu adalah syarat Al-Bukhari dalam Sahih-nya …”
[2] Muqaddimah Fath Al-Bari hal.17.
[3] Sila kaji perbahasan panjang lebar tentang perkara ini yang disebutkan Ibn Hajar dalam Muqaddimah Fath Al-Bari, hal.24 dan seterusnya.
[4] Kitab beliau bertajuk Taghliq Al-Ta’liq membuktikan perkara itu. Sejauh pengetahuan saya tidak ada kitab yang membahas hadis-hadis muallaq Sahih Al-Bukhari selengkap kitab ini.
[5] Fath Al-Bari 3/392.
[6] Ibid 3/393.
[7] Al-Um 2/12.
[8] Fath Al-Bari 5/462.
[9] Fath Al-Bari 3/716.
[10] Ibid. 3/717.
[11] Taghliq Al-Ta’liq



sumber : pondokhabib.wordpress

13 Sep 2012

Kisah Buruh Kontrak, Duit Syiling dan Batu

TINGG!!!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!!!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.



Moral of the story :

Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



Sumber: Mastika

12 Sep 2012

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Reput Di Dalam Kubur

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


11 Sep 2012

Pernah Tak Kita Rasa Macam Ni?

Pernah tak kita rasa macam ni?

1. Bila kita duduk dalam masjid, nak cepat je keluar, rasa tak aman, rasa tak senang, tak sempat nak berdoa, tak sempat nak berzikir, tak sempat nak duduk dalam majlis ilmu. Dengan ringan kaki kita melangkah keluar masjid tanpa ada rasa bersalah.

2. Bila orang tegur/nasihat kita, kita tak boleh nak terima, alasannya hidup lagi lama dari yang memberi nasihat, alasannya dia budak baru, alasannya jawatan aku lagi tinggi dan lebih malang alasannya aku lagi banyak ilmu.

3. Bila tengok sahabat/saudara kita berjaya/senang/bahagia, kita rasa marah, dengki, tak puas hati, timbul rasa nak khianat, bermasam muka bila berjumpa, tak bertegur sapa. Hati penuh dengan kebencian.

4. Bila kita buat maksiat, lambat solat, tak solat langsung, tak puasa, dedah aurat, hina orang sekeliling yang miskin dan tak berpendidikan, saja buat dosa kering dengan mengumpat khianati adik beradik, mak ayah, saudara mara dan orang lain, tak hormat makhluk lain, perlekeh hukum agama, tapi hati kita tak rasa apa-apa langsung.


Bila ada rasa macam ni, percayalah sahabat-sahabat yang kita dah jauh dari ALLAH. Hati kita dah dikotori dengan karat dosa yang kita buat. Hati kita dah mula mengeras dan gelap sahabat-sahabat. Kita perlu mula semula untuk lembutkan dan bersihkan dengan langkah taubat, muhasabah, zikir, dan hampirkan diri dengan ALLAH dan menyesal lah dengan perbuatan yang lalu.





sumber : facebook

8 Sep 2012

Doa Ketika Hujan Turun dan Berhenti, Angin Kencang Serta Bunyi Petir




1. Doa Ketika Hujan Turun :


اَللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

(Allahumma Soyyiban Nafia'an)

"Ya Allah (turunkanlah) hujan yang bermanfaat".

(HR.Al-Bukhari (2/84) , Lihat Husnul Muslimin , Syaikh Said Wahf al-Qahtani & Al-Adzkar Nanawiyyah )


2. Doa Setelah Hujan Turun :


مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ

(Mutthrina Bifadhlillahi Wa Rohmatih)

"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya ."

(Muttafaqun a'laih , lihat Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah , Syaikh A'lauddin al-Utaibi halaman 200) .


3. Doa Ketika Angin Bertiup Kencang :


اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا،وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا

(Allahumma Inni As'Aluka Khairaha , Wa A'uzhubika Min Syarri Ha)

"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya & aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya".

(Hadith Shahih , Lihat Sunan Ibnu Majah (2/305)


4. Doa Ketika Mendengar Petir / Kilat/ Halilintar :

Abdullah bin Az-Zubair RA. apabila mendengar petir/halilintar, ia meninggalkan pembicaraan dan beliau mengucapkan :

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَئِكَةِ مِنْ خِيْفَتِهِ

(Subhanallazhi Yusabbihu Ra'adu Bihamdihi Wal Malaikati Min Khifatih)

"Mahasuci Allah yang mana halilintar dan para Malaikat bertasbih memuji-Nya , kerana takut kepada-Nya".

(Sanadnya Shahih , lihat al-Kalimuth Thayyib , hal.156 yang ditahqiq oleh Albani dan lihat hal.201 , Bab Doa ketika mendengar Halilintar , Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah karangan Al-Utaibi , Husnul Muslimin & Adzkar an-Nanawiyyah)







SZ : Bila hujan, jangan ingat nak tidoq ja..

Pesanan Buat Pejuang Islam Dari Medan Al-Qadisiyyah



"Kepahlawanan Saad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat beliau memimpin pasukan tentera Islam menentang tentara Parsi Majusi pada masa lampau di Medan Qadissyah, Iraq.

Peperangan Qadisiyyah merupakan salah satu peperangan terbesar yang belum pernah terjadi sebelumnya di Iraq. Sejumlah kisah keberanian dan pengorbanan yang mendebarkan hati menghiasi insiden bersenjata ini.

Peristiwa monumental tersebut berlangsung pada tahun 14 H, iaitu pada zaman khalifah Umar bin al Khaththab R.A. Umar telah memerintahkan Saad bin Abi Waqqas bersama 30 000 pasukannya, berangkat menuju Qadasiyyah. Umar kemudiannya turut melaungkan tekadnya, "Demi Allah, aku akan mempertemukan penguasa bukan Arab dengan penguasa-penguasa di kalangan Arab."

Di antara mereka yang menuju ke medan Qadisiyyah terdiri daripada sembilan veteran perang Badar, manakala 300 pasukan yang lain pernah ikut serta dalam ikrar Bai'at Ar Ridhwan di Hudaibiyyah, dan 300 di antaranya mereka yang lain pernah mengikut serta dalam memerdekakan Makkah (peristiwa Fathu Makkah) bersama pimpinan Rasulullah S.A.W. Manakala yang berbaki adalah putera-putera Para Sahabat, dan ribuan wanita yang ikut serta sebagai perawat. Untuk mengekang pasukan tentera Muslim yang hadir ini, pasukan Parsi telah bersiap untuk bertempur dengan jumlah tentera 120 ribu orang dibawah panglima perang kawakan mereka, Rustum.

Sebelum tentera Islam menghadapi tentera Parsi di medan al Qadisiyyah, Khalifah Umar al Khattab R.A telah mewasiatkan pengajaran yang berguna buat kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas R.A,

"Sesungguhnya aku memerintahkanmu dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah Taala dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita."

Di dalam Bidayah wan Nihayah Ibn Kathir mencatatkan, "Apabila bertembungnya dua bala tentera (Islam pimpinan Saad ibn Abi Waqqas dan Parsi pimpinan Rustum di medah al Qadisiyyah) Rustum mengutus utusan kepada Saad supaya dihantar kepadanya seorang yang bijak dan tahu menjawab soalannya. Lalu Saad mengirim al Mughirah ibn Syu'bah R.A".

Apabila al Mughirah ibn Syu'bah tiba, Rustum terus berkata kepadanya, "Kamu jiran kami. Kami telah bersikap baik kepada kamu. Kami menahan diri dari menyakitkan kamu. Pulang ke negeri kamu dan kami tidak akan menghalang kamu datang berniaga ke negeri kami."

Panglima Al Mughirah menjawab, "Kami bukan mencari dunia. Keinginan dan tuntutan kami adalah akhirat. Allah Taala telah mengirimkan seorang utusannya kepada kami dengan membawa pesanan (( Aku serahkan kepada kumpulan ini untuk menguasai setiap orang yang tidak beragama dengan agamaku (agama Islam) dan aku menghukum mereka melalui kumpulan ini. Aku tetap memberi jaminan bahawa kemenangan menjadi milik mereka (umat Islam) selama mana mereka berikrar dengan perkara ini (hukum-hukum Islam). Ia (Islam) adalah agama kebenaran. Sesiapa yang membencinya pasti dihina. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya pasti mulia."

Rustum bertanya, "Maka apa dia sebenarnya?"

Al Mughirah menjawab, "Asas perjuangan kami ialah kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad adalah Rasulullah S.A.W dan memperakui apa jua yang dibawa dari Allah Taala."

Rustum menjawab, "Alangkah baiknya perkara ini! Apa lagi?"

Al Mughirah menjawab, "Membebaskan hamba-hamba dari penyembahan kepada sesama hamba kepada penyembahan kepada Allah."

Rustum menjawab, "Ini baik juga. Apa lagi?"

Al Mughirah menjawab, "Ke semua manusia adalah anak-anak Adam. Mereka semua bersaudara dari satu bapa (Nabi Adam) dan satu ibu (Hawa)."

Rustum menjawab, "Baik juga. Adakah jika kami masuk agama kamu, apakah kamu akan kembali dari negeri kami?"

Dia menjawab, "Demi Allah. Kami tidak mendekati negeri kamu melainkan untuk urusan muamalah dan apa-apa hajat."

Apabila al Mughirah keluar, Rustum berbincang dengan kumpulannya tentang masuk Islam, namun mereka enggan menerima.

Ibn Kathir seterusnya mencatat, "Kemudian Saad bin Abi Waqqas kembali menghantar seorang lagi utusan dengan permintaan darinya iaitu Rub'ie ibn 'Amir".

Mereka bertanya, "Khabar apakah yang membawa kedatanganmu ke sini?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Allah mengutuskan kami untuk membebaskan dunia penghambaan sesama hamba kepada penghambaan diri kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dia utuskan kami agamanya untuk kami mengajak manusia kepadanya. Sesiapa yang menerimanya kami menerimanya dan kami kembali darinya. Sesiapa yang enggan kami peranginya sehingga kami kembali kepada janji Allah Taala (sama ada mati syahid ataupun mencapai kemenangan)."

Mereka bertanya, "Apa dia janji Allah itu?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Syurga bagi yang mati berperang dan kemenangan bagi yang hidup."

Rustum berkata, "Aku telah dengar ucapanmu. Apakah kamu boleh tangguhkan urusan ini sehingga kami boleh bertenang memikirkan tawaranmu dan kamu juga bertenang menanti jawapan kami?"

Rub'ie ibn 'Amir menjawab, "Ya. Berapa lama kamu mahu? Sehari atau dua hari?"

Rustum menjawab, "Kamu perlu tunggu sehingga kami selesai menulis surat kepada penasihat-penasihat dan wakil-wakil kerajaan kami."

Rub'i ibn 'Amir berkata, "Kami tidak diajar untuk menangguhkan musuh ketika bertempur lebih dari tiga hari. Selesaikan urusan antara kamu dan mereka itu segera."

Rustum bertanya, "Alangkah tegasnya kamu, adakah kamu ini ketua tentera Islam?"

Rub'i ibn 'Amir menjawab, "Tidak. Tetapi umat Islam itu seperti satu jasad. Orang yang paling lemah dilindungi oleh orang paling kuat (tiada sikap zalim-menzalimi antara satu sama lain)."

Kemudian Rustum bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya dan berkata, kata Rustum, "Adakah kamu dapat melihat manusia lebih berwibawa dan lebih bijak dari kata-kata lelaki ini (Rub'ie ibn 'Amir)?"

Mereka menjawab, "Mengapa kamu berkata demikian? Adakah kamu mahu cenderung kepada agama dia ini (agama Islam) dan meninggalkan agama nenek moyang kita. Engkau tidak lihat bajunya?"

Rustum menjawab, "Celaka kamu. Jangan lihat kepada bajunya (yang kusut-masai), tetapi lihatlah kepada pendapat, percakapan dan keperibadiannya. Orang Arab memang bermudah-mudah dalam hal pakaian dan makanan, namun mereka menjaga maruah dan keturunan." - Rujuk "al Bidayah Wan Nihayah" Jilid 9 Halaman 621-623.

Peperangan al Qadisiyyah berakhir pada tahun 15 H dengan kekalahan tentera Parsi.