15 Jul 2012

Lakaran Semula Masjid Nabawi Yang Asal



a. Prophet’s SAWS mihrab
b. Aisha b. Abu Bakr’s RA residence
c. Hafsa b. Umar’s RA residence
d. Zainab b. Jahsh’s RA residence (not pictured)
e. Zainab b. Kuzayma’s RA) residence (not pictured)
f. Fatima’s RA residence (not pictured)
g. Baab-Uthman b. Affan RA
h. Ahlul Suffa Residence
i. Juwayriya’s RA residence (not pictured)
j. Rumla’s RA residence (not pictured)
k. Saffiya’s RA residence (not pictured)
l. Baab-ul-Rahma
m. Abu Bakr’s RA residence
n. Sa’d b. Abi Waqaas RA residence (not pictured)
o. al-Abbas b. Abdul Muttalib RA (Prophet’s SAWS uncle) residence
p. Jafar b. Abi Sadiq RA residence




sumber : The Madinah Research & Study Centre, Al Madinah Al Munawara

1 Jul 2012

Kehebatan Akhlak Rasulullah Mengawal Kemarahan Yahudi Pengutip Hutang

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW. Kemudian orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pesuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”



Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)





sumber : facebook

Kisah Menteri Diperintah Panjat Pokok Bagi Menguji Sifat Amanah

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja. Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing". Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khilafah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A : Merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B : Merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak, beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi, Imamnya tidak sekukuh menteri A. Maka dia panjat dan sampai separuh pokok , terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup’. Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C : Seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie, Lagi pun raja masa ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.


Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka. Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A : Sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buat yang lazat dan berkualiti.

Menteri B : Terpaksa memilih buat yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C : Inna lillahi itu jawapan yang mampu diberi



Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita, bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya, Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C. Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang semua kena melalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita. Atau kita ini hanya menteri C sahaja. Mari kita renung dan ambil Pengajaran dari cerita ini.



*Disesuaikan sebahagian Kuliah Maghrib SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER (Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi) pada 10 Rejab 1432H (11 Jun 2011) di Masjid Al-Hasanah