21 Jun 2012

Hukum Membina Binaan dan Hiasan di Atas Kubur

KINI banyak kubur yang dikelilingi dengan batu bata , malah ada yang membina kubur ahli keluarga dengan marmar dan membuat bumbung . Apakah hukumnya membuat binaan di atas kubur ? Adakah boleh dicantikkan atau dibiarkan kosong hanya berbatu nisan sahaja?



Jawapan :

Kubur dari segi takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk mengebumikan orang yang telah meninggal dunia.

Kawasan perkuburan menurut Islam merupakan tempat yang perlu dihormati. Umat Islam ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan penempatan di atasnya , membina tembok atau menggali balik mayat tanpa tujuan .

Dalam sebuah hadis ada menyebut maksudnya: "Nabi SAW menegah daripada membina tembok di atas kubur, tinggal di atasnya, membuat binaan dan menulis di atasnya." (Riwayat al-Tarmizi).

Adapun untuk membersihkan perkuburan adalah satu keharusan dan janganlah sampai melakukan pembaziran kerana kos untuk membina dengan marmar dan sebagainya amat mahal. Alangkah eloknya jika wang yang hendak digunakan itu dinafkahkan pada jalan kebajikan dan diniatkan kepada si mati. Insya-Allah mendatangkan pahala kepadanya.

kubur Raja Arab Saudi



No comments: