5 Jun 2012

Hukum Main Game Aplikasi Ramalan di Facebook

SILA AMBIL PERHATIAN..

Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".


Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang tilik cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]


Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.



sumber : fb syahirul.com

4 comments:

Fz27 said...

merepek tahap gaban..

sayonara jahiliyyah said...

kalau sje na suke2.. dan xde niat lgsg p0n na prcaya... cne plak..??

Solihin Zubir said...

@sayonara :

analoginya begini, kalau jumpa tukang tilik utk tilik nasib sekadar suka2 tanpa mempercayainya pun tak boleh..

sama saja konsepnya..

lebih baik jauhkan diri dari main benda merepek ni. byk lg perkara yg berfaedah yg tdk mempunyai unsur2 ramalan dan tilik nasib..

deno said...

erk.. nasi baik tak pernah maen game tu...