20 May 2012

Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W


1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ”Wafaul Wafa “.
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

Semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh, kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M), yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. Mereka datang menyamar sebagai orang perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..

Tiba-tiba, pada suatu malam, seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak-bentak kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 orang lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya, beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan, maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah, maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya. Dua orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w. Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w. Maka, lelaki-lelaki Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya dibakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur-hancurnya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.

Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat, maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..

Jadi, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan /menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.

Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :

” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)



5 Kali Cubaan Mencuri Jasad Rasulullah SAW

1. Semasa Pemerintahan Amrullah Alubaidi
Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

2. Semasa Pemerintahan Al-Ubaidi
Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.

3. Perancangan Raja-Raja Nasrani Dengan Komplot Dari Nasrani Maghribi
Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

4. Sekumpulan Nasrani Datang Bersama Jemaah Haji Dengan Niat Mencuri Jasad Rasulullah
Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

5. Pada Kurun Ke-9 Hijrah
40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.




No comments: