30 Sep 2011

Kronologi Pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk



1922 - Penghapusan sistem kesultanan Uthmaniyyah.

1923 - Pengistiharan Republik dan pemilihan Mustafa Kamal mengetuai Republik,
Ankara menjadi ibu negara.

1924 - Undang-undang menyatukan sistem pendidikan, penutupan sekolah-sekolah Quran dan agama dan membatalkan semua pendidikan berkaitan agama.
- Sistem khilafah dihapuskan, semua ahli keluarga, kerabat khilafah Uthmaniyyah dikeluarkan dari Turki ke luar sempadan..
- Kementerian waqaf dan ehwal agama serta mahkamah syariah dihapuskan.

1925 - Puluhan penerbitan akhbar di Istanbul ditutup.

- 14/8/1925- Mustafa Kamal muncul di Kostomuni dengan memakai topi.
- Perkuburan dan tempat ziarah ditutup. Undang-undang pemakaian di atas kepala bagi pegawai.
- Penyertaan wanita untuk pertama kali di dalam pertandingan tari-menari di Taksim, Istanbul.
- Kanun tentang pemakaian topi dan pakaian "takasyuf" untuk perempuan.
- Kanun tentang penutupan takaya dan zawiyah sufi di seluruh negara.
- Mewajibkan pegawai masjid memakai pakaian Eropah dan mengenakan topi.
- Penghapusan laqab seperti "Sheikh", "Khalifah" dan "murid".

1926 - Pernikahan secara Islam dibatalkan di dalam kanun, diganti nikah sivil. (Pengharaman poligami, penghapusan mahar ke atas lelaki, menghalang talak daripada lelaki, anak gadis bebas memilih suami dari mana-mana agama sekali pun, persamaan lelaki dan wanita di dalam harta warisan, membatalkan pewarisan harta terhadap keluarga dan keturunan.
- Penghapusan keseluruhan Kanun syariah diganti penerimaan undang-undang sivil Swiss dan Itali.
- Mula dibina patung "berhala" Mustafa Kamal Atarturk.

1928 - Kali pertama khutbah Jumaat disampaikan di dalam bahasa Turki.
- Mengeluarkan semua kalimah "Allah" di dalam sumpah, menghapuskan kata-kata "Agama Rasmi Negara ialah Islam".
- Menggunakan sistem nombor Eropah menggantikan nombor-nombor Arab.
- Mengurangkan pegawai agama di masjid daripada 2128 kepada 188 orang sahaja
- Menggunakan huruf latin menggantikan penggunaan huruf Arab dalam semua penulisan. - Menjual dengan harga murahbertan-tan kitab-kitab dan wathiqah-wathiqah, sebahagian lagi di hantar ke kilang kertas.
- Mewajibkan semua papan tanda jalan dan tempat, penulisan-penulisan dan akhbar menggunakan huruf latin.
- Menutup 90 masjid di Istanbul.

1929 - Membatalkan pengajian bahasa Arab dan Farsi di sekolah-sekolah, dan menghalang bacaan Quran dan buku-buku agama, larangan keras.
- Gelaran pemerintahan Uthmaniyyah seperti Pasha dan Efendi dilarang.

1932 - Pembacaan Quran yang diterjemah ke Bahasa Turki.
- Azan dan Iqamah di dalam bahasa Turki, larangan di dalam bahasa Arab. Mushaf Quran diterbit dalam bahasa Turki.
- Turki menyertai pertandingan ratu cantik.

1934 - Larangan beberapa kod pakaian

1935 - Menjadikan hari Ahad hari cuti menggantikan hari Jumaat.
- Pertukaran Masjid Aya Sofea kepada Muzium setelah penutupan dalam tempoh yang lama.

1940 - Sistem pendidikan sekular diwajibkan sehingga di kampung-kampung.

29 Sep 2011

Jangan Hina Demam.. Demam Ada Kelebihannya...

”Jangalah engkau mencelanya (demam), kerana sesungguhnya ia membersihkan dosa sebagaimana api membersihkan kotoran dari besi." (HR. Muslim)


Telah terbukti bahawa ketika seseorang menderita demam dengan suhu panas yang sangat tinggi hingga sampai 41 darjah celcius, dan itu yang telah disifatkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai luapan (hembusan) dari neraka Jahannam, hal itu boleh menyebabkan penurunan keadaan tubuh, kemudian koma dan kadang-kadang boleh menyebabkan kematian.

Oleh kerana itu merupakan suatu keharusan untuk mengurangkan panas yang membara di dalam tubuh secepat mungkin, sehingga pusat tetapan panas di otak dan menjadi teratur kembali. Dan tidak ada cara lain untuk menurunkan panas tersebut selain dengan meredakan pesakit dengan air, atau air sejuk dan ais, yang mana ketika panas tubuh turun, kembalilah keadaan tubuh seperti keadaan semula setelah pusat tetapan panas di otak menjadi normal. Dan panas ini boleh dikurangkan dengan cara yang berbeza beza, baik dengan cara penguapan, penyinaran dan lain-lain.

Oleh sebab itu, dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila merasakan demam (panas), beliau meminta untuk diambilkan bejana berisi air, lalu beliau siramkan ke kepala beliau dan beliau mandi dari air tersebut. Dan ketika demam memerlukan seseorang untuk menjaga diri dari mengambil makanan yang buruk, dan memerlukan dia mengambil makanan dan ubat yang bermanfaat. Dan hal ini membantu untuk membersihkan badan dari unsur-unsur yang jelek yang bekerja dalam tubuh, sebagaimana yang dilakukan terhadap besi ketika menghilangkan kotoran-kotorannya (dengan api) dan untuk memurnikan kandungan teras besinya.

Dan telah terbukti secara ilmiah bahawa ketika demam kadar zat interferon meningkat dengan peratusan yang besar. Sebagaimana terbukti pula bahawa zat yang dihasilkan oleh sel darah putih ini dapat mematikan virus yang menyerang tubuh dan menjadikan tubuh lebih mampu untuk membentuk antibodi yang melindungi tubuh (dari penyakit).

Selain itu, telah terbukti bahawa zat interferon, yang keluar dalam jumlah yang berlimpah selama demam tidak hanya membersihkan tubuh daripada virus dan bakteria sahaja, akan tetapi ia meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan (meningkatkan) kemampuannya untuk membasmi sel-sel kanser sejak awal sebelum kemunculannya, yang pada akhirnya hal tersebut melindungi tubuh dari munculnya (tumbuhnya) sel-sel kanser yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Oleh sebab itu beberapa doktor berkata bahawa kita merasa senang dengan adanya demam pada kebanyakan penyakit, sebagaimana seorang pesakit merasa senang dengan kesembuhannya. Maka jadilah demam dalam penyakit tersebut lebih bermanfaat daripada minum ubat.

Dan dari sini kita mengetahui hikmah ketika Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam menolak untuk menghina demam dan bahkan selaiu memujinya dengan mensifatinya sebagai pembersih dosa sebagaimana api memurnikan besi dari kerak / kotorannya, sesuai dengan apa ang diisyaratkan oleh hadis yang menjadi pembahasan kita.

credit : kudoprogon

28 Sep 2011

Petua Imam Syafi'e Untuk Kesihatan Tubuh



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

sumber : facebook

Kisah 10 Ekor Haiwan Istimewa Pada Zaman Nabi



1.Untanya Nabi Saleh

Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”

“Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu,” jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.

2.Anak Sapinya Nabi Ibrahim

Baca potongan surah adz-dzariyat

“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”.

Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.” Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: “Silahkan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)

3.Kambing Gibasnya Nabi Ismail

…Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim,

Maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd.

Dari peristiwa itu telah menjadi syari’at ummat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…

4.Sapinya Nabi Musa

..Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yg diwahyukan oleh Allah itu kpd kaumnya ia ditertawakan dan diejek krn akal mereka tidak dapat menerima bhw hal yg sedemikian itu boleh terjadi.

Mereka lupa bhw Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yg diberikan kpd Musa yg kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar utk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yg mereka hadapi dlm peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kpd Musa secara mengejek: “Apakah dgn cara yg engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan org?

Akan tetapi kalau memang cara yg engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kpd Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yg harus kami sembelih?

Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yg harus kami sembelih?”

Musa menjawab: “Menurut petunjuk Allah, yg harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya.”

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelusuak desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seorang anak yatim piatu yang memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya.

Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu.

Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yang diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.
Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dgn izin Allah, menceritakan kapada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat bongkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka…

5.Ikan Yang Memakan Nabi Yunus

…Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan resiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, “… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian.” (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Al-Anbiya’: 87).

Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana saking lemahnya. Kemudian Allah Ta’ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka keni’matan hidup sehingga batas waktu tertentu…

6.Khimarnya Nabi Uzair

..Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya.

Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya.

Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?”

Malaikat bertanya kepadanya: “Berapa jam engkau tidur?” Uzair menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.”

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. ” Engkau tidur selama seratus tahun.

Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa heran dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: “Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah.”

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah?

Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah.

Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: “Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang).”

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: “Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu.”

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang.

Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara.

Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya,

Uzair berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat.

Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya.

Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun.

Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

7.Semutnya Nabi Sulaiman

.. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa karena mendengar perkataan semut itu. Katanya,

“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Karena itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”…

8.Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman

Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung.

Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Karena ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya.

Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman. Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya karena mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur’an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama.

Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum karena ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

9.Untanya Nabi Muhammad Saw

Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan.

Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, “Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku.”

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi kami Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan karena tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong.

Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu karena mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi.”

10.Anjingya Ashabul Kahfi

Anjing tersebut berwarna kuning, di surga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.

27 Sep 2011

Rahsia Di Sebalik Bintang Enam Israel



Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.



Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.


"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.


Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .

Pengakuan Raja Hereclius Tentang Nabi Muhammad SAW

Potret Hereclius pada syiling lama
Pada masa Perjanjian Hudaibiyah atau gencatan senjata antara kaum muslimin dan musyrikin Quraisy, Rasulullah saw mengutus beberapa sahabat. Mereka dikirim kepada raja-raja bangsa Arab dan bukan Arab untuk menyeru agama Islam. Salah satu sahabat yang diutus adalah Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi. Ia ditugaskan untuk menyampaikan surat dakwah kepada Heraclius, Raja Rom.

Kedatangan Dihyah diterima oleh Heraclius dengan sangat baik. Kemudian Dihyah menyampaikan surat dakwah dari Rasulullah saw kepada Raja Rom tersebut. Setelah Heraclius membaca surat Rasulullah saw, Heraclius segera menyuruh pengawalnya untuk mencari orang-orang yang mengenal Muhammad. Ketika itu Abu Sufyan berada di sana bersama serombongan kafilah dagang Quraisy.

Surat Rasulullah kepada Herclius

Para pengawal kerajaan pun melaporkan keberadaan Abu Sufyan dan teman-temannya kepada Heraclius. Kemudian dipanggilnya Abu Sufyan yang masih membenci Islam bersama teman-temannya ke hadapan Raja Rom tersebut.

Abu Sufyan dan teman-temannya datang menghadap Heraclius. Dengan didampingi seorang penerjemah, Heraclius memulakan pembicaraan dengan bertanya, "Siapa di antara kamu semua yang paling dekat dengan garis keturunannya dengan orang yang mengaku sebagai nabi ini?"

Abu Sufyan menjawab, "Saya, Tuan!"

Kemudian terjadilah dialog di antara keduanya di hadapan para petinggi istana Rom. Berikut adalah dialog yang diceritakan oleh Abu Sufyan dan diriwayatkan kembali oleh Bukhari.

Heraclius : "Bagaimana kedudukan keluarganya di antara kamu?"

Abu Sufyan : "Dia berasal dari keturunan bangsawan."

Heraclius : "Adakah di antara keluarganya mengaku Nabi?"

Abu Sufyan : "Tidak."

Heraclius : "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja atau pemerintah?"

Abu Sufyan : "Tidak ada."

Heraclius : "Apakah pengikut agamanya itu orang kaya ataupun orang kebanyakan?"

Abu Sufyan : "Pengikutnya adatah orang lemah, miskin, budak, dan wanita muda."

Heraclius : "Jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang?"

Abu Sufyan : "Terus bertambah dari waktu ke waktu."

Heraclius : "Setelah menerima agamanya, adakah pengikutnya itu tetap setia kepadanya ataupun merasa kecewa, lalu meninggalkannya?"

Abu Sufyan : "Tidak ada yang meninggalkannya."

Heraclius : "Sebelum dia menjadi nabi, adakah dia suka menipu?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah."

Heraclius : "Pernahkah dia mengingkari janji atau mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah. Kami baru saja melakukan perjanjian gencatan senjata dengannya dan menunggu apa yang akan diperbuatnya."

Heraclius : "Pernahkah engkau berperang dengannya?"

Abu Sufyan : "Pernah."

Heraclius : "Bagaimana hasilnya?"

Abu Sufyan : "Kadang-kadang kami yang menang, kadang-kadang dia yang lebih baik daripada kami."

Heraclius : "Apa yang dia perintahkan kepadamu?"

Abu Sufyan : "Dia hanya memerintahkan kami untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun, meninggalkan tahyul dan kepercayaan nenek moyang kami, mengerjakan solat, membayar zakat dan berbuat baik kepada fakir miskin, bersikap jujur, memelihara apa yang diamanahkan kepada kita dan mengembalikan dalam keadaan yang baik, memelihara silaturrahim dengan semua orang, dan yang paling penting dengan keluarga sendiri."

Lalu, seperti dikisahkan oleh Abu Sufyan r.a, Heraclius memberikan tanggapan sebagai berikut melalui penerjemahnya.

Heraclius : "Aku bertanya kepadamu tentang salasiah keluarganya dan kau menjawab dia adalah keturunan bangsawan terhormat. Nabi-nabi terdahulu pun berasal dari keluarga terhormat di antara kaumnya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada di antara keluarganya yang menjadi nabi, jawabannya tidak ada. Dari sini aku menyimpulkan bahwa orang ini memang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam hal kenabian yang diikrarkannya, dan tidak meniru sesiapa pun dalam keluarganya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada keluarganya yang menjadi raja atau pemerintah. Jawapannya tidak ada. Jika ada nenek moyangnya yang menjadi penguasa, aku beranggapan dia sedang berusaha mendapatkan kembali kekuasaan keturunannya.

Aku bertanya kepadamu adakah dia pernah berdusta dan menurutmu, dia tidak pernah menipu. Orang yang tidak pernah berdusta kepada sesamanya tentu tidak akan berdusta kepada Allah.

Aku bertanya kepadamu mengenai golongan orang-orang yang menjadi pengikutnya dan menurutmu pengikutnya adalah orang miskin dan hina. Demikian pula halnya dengan orang-orang terdahulu yang mendapat panggilan kenabian.

Aku bertanya kepadamu adakah jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang. Jawapanmu, terus bertambah. Hal ini juga terjadi pada iman sampai keimanan itu lengkap.

Aku bertanya kepadamu apakah ada pengikutnya yang meninggalkannya setelah menerima agamanya dan menurutmu tidak ada. Itulah yang terjadi jika keimanan sejati telah mengisi hati seseorang.

Aku bertanya kepadamu apakah dia pernah ingkar janji dan menurutmu tidak pernah. Sifat dapat dipercaya adalah ciri kerasulan sejati.

Aku bertanya kepadamu apakah engkau pernah berperang dengannya dan bagaimana hasilnya. Menurutmu engkau berperang dengannya, kadang-kadang kamu yang menang dan kadang kala dia yang menang dalam urusan duniawi.

Para nabi tidak pernah selalu menang, tetapi mereka mampu mengatasi masa-masa sukar dalam perjuangan, pengorbanan, dan kerugiannya sehingga akhirnya mereka memperoleh kemenangan.

Aku bertanya kepadamu apa yang diperintahkannya, engkau menjawab dia memerintahkanmu untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, serta melarangmu untuk menyembah berhala, dan dia menyuruhmu solat, bercakap benar, serta penuh perhatian. Jika apa yang kau katakan itu benar, dia akan segera berkuasa di tempat aku memijakkan kakiku ketika ini.

Aku tahu bahawa orang ini akan lahir, tetapi aku tidak tahu bahwa dia akan lahir dari kaummu (orang Arab). Jika aku tahu aku dapat mendekatinya, aku akan pergi menemuinya. Jika dia ada di sini, aku akan membasuh kedua kakinya dan agamanya akan menguasai tempat dua telapak kakiku!"

Selanjutnya, Heraclius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi, "Sungguh, aku tahu bahawa sahabatmu itu seorang nabi yang akan diutus, yang kami tunggu-tunggu dan kami ketahui berita kedatangannya dalam kitab kami. Namun, aku takut orang-orang Rom akan melakukan sesuatu kepadaku. Kalau bukan kerana itu, aku akan mengikutinya!"

Untuk membuktikan kata-katanya tersebut, Heraclius memerintahkan orang-orangnya untuk mengumumkan, "Sesungguhnya Raja Heraclius telah mengikuti Muhammad dan meninggalkan agama Nasrani!" Seluruh pasukannya, lengkap dengan senjata serentak menyerbu ke dalam ruangan tempat Hereclius berada, lalu mengepungnya.

Kemudian Pemerintah Rom itu berkata, "Engkau telah melihat sendiri bagaimana bangsaku. Sungguh, aku takut kepada rakyatku!"

Heraclius meleraikan pasukannya dengan menyuruh pengawalnya mengumumkan berita, "Sesungguhnya raja lebih senang bersama kamu semua. Tadi beliau sedang menguji kamu semua untuk mengetahui kesabaran kamu semua dalam agama Nasrani. Sekarang pergilah!"

Mendengar pengumuman tersebut, terbubarlah pasukan yang hendak menyerang Hereclius tadi. Raja Hereclius pun menulis surat untuk Rasulullah saw yang terkandung, "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam." Herclius juga menyelitkan hadiah beberapa dinar kepada Rasulullah saw.

Ketika Dihyah menyampaikan surat Raja Heraclius kepada Rasulullah saw, beliau berkata, "Musuh Allah itu berdusta! Dia masih beragama Nasrani."

Rasulullah saw pun membagi-bagikan hadiah berupa wang dinar itu kepada kaum muslimin.

26 Sep 2011

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat

Kita amat terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yg menolak terus hukum ALLAH (Hudud) ini tanpa hujah yg berasas. Daripada hujah dan penolakan yg dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yg dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.


Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan, “Saya orang Islam dan akan membelanya.”

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit akibat drp perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?

Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yg tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yg terfikir oleh manusia. Logik yg ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini, kita akan kagum dgn Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi penganutnya.Di sini kita dengan izin ALLAH akan cuba menjawab persoalan-persoalan yg berbangkit tentang HUDUD . Ia itu jawapan untuk mereka yg terlau ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang menolak kerana tidak tahu.

Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yg paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dgn itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.

ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya.

Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yg dikenakan kpd penzina. Yakni kesalahan yg mahkamah tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak. Kalau sabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum.

Sebab penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yg lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat.

Firman ALLAH:

“Perempuan yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kpd keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka disaksikanoleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)

Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dgn melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku.

Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa

2.Mesti ada empat orang saksi lelaki yg adil.Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari,
mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.

Saksi-saksi fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.

Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yg berikut:

Orang yg pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.
Orang yg murtad
Orang buta
Orang bisu
3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.

Dengan syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipun senangkah nak cari saksi yg warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat.

Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.

Kemudian senang kah nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung itu?Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja tuduhannya ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang.

Maka akan dikenakan hukuman hudud keatasnya dgn hukuman rotan 80 kali. Siapa yg berani untuk senang senang menjadi saksi kpd kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya. Dan siapa yg berani untuk mencari-cari kesalahan orang lain untuk dibawa ke mahkamah?

Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang yg kena dihukum kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yg menyerah diri dan mengaku salah.

Yakni lelaki dan wanita yg baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah orang baik, yg terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yg sengaja mahu berhibur-hibur dgn zina.

Atau yg mencari makan melalui zina dll. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kpd ALLAH- Tuhan yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui!

Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini disebabkan sukarnya mencari seorang hakim yg adil dan saksi yg warak serta adil. Bila tidak cukup syarat, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain akan mengambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya.

Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab itu hukuman ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn anggota masyarakat umum yg sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf.

Sedangkan masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina namun dia bukannya makin insaf, tetapi makin akan jadi berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja yg berzina, orang lain tidak pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan tersisih dan insaf.

Mengapa ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu tandanya ALLAH bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu.

Sebaliknya ALLAh mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak terbuka kpd umum dan supaya pesalah tidak menanggung penderitaan yg menghinakan dari hukuman itu.

ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Yakni, bila sesorang yg melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh mahkamah tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka sipenzina terlepas dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah, ALLAH telah melepaskannya dari azab yg mengerikan itu.

Tetapi sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dgn sebenar-benar taubat.

Bijaksananya ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dgn melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yg mendalam. Dia sangat insaf dgn perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan.

Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah. Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yg hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yg sudah dikepung oleh masyarakat yg soleh dan solehah.

Tetapi dalam masyrakat hari ini, yg hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dgn didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan.

Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yg dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah.

Ia sebagai satu kaedah pendidikan yg terakhir kpd sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yg tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka hal itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dgn cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:

“Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) ( Saba’: Ayat 15)

Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran.

Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yg tepat. Bila kerja-kerja berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai dan berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah.

Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dgn cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti.

Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yg tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul.

Disana nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.

HIKMAH HUDUD

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di Akhirat.

Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.

Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak
dimakan ajar.

Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat.

Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.

Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti” dari kejahatan.

Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.

ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari “hudud-hudud duniawa” yg dicipta oleh manusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.

Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.

Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah

Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.

Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah
Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.
Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.
Rotan 80 kali untuk peminum arak


Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgn

kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu. Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta’zir yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.

Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:

“Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.”

Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang.

Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?

Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.

Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yg dipotong itu.

Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik.

Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.

Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.

Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:

HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadis kadar hukuman-nya (seksaannya) keatas kesalahan-kesalah jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman.

Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya.Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir.Bahkan kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.

Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat.Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drp diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman.

Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan.Tetapi lihat kebaikannya yg menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.

PERSOALAN QISAS

Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yg cukup banyak.
Lihatlah firman-Nya:

“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yg mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.”
(Al Baqarah:179)

Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dgn menggunakan ilmu yg ALLAH berikan.

Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yg menuntut bela itu.
Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.

Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yg menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yg bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yg mana pesalah patut juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yg berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yg mendakawa sudah dapat menerima bahawa taqdir yg berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah ALLAH cukup banyak dgn menimpakan kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yg amat besar di sisi ALLAH.

Dengan itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yg mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yg agak ringan.

Apabila pesalah mengetahui yg ia diberi maaf oleh orang-orang yg dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan.

“Aku telah menzalimi orang-orang yg cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yg telah menyelamatkan aku ini.”

Demikianlah lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya disaat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah pasti.

Itulah kehidupan yg ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yg sering berlaku dikalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman hukuman yg ALLAH tentukan itu. Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pernah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberiaan maaf ke atas pesalah. Maka tidak pernah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yg dia telah bersalah.

Sementelahan pula hari ini mana ada hati yg rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yg sangat ALLAH anjurkan. Sedangkan hukum hudud yg ALLAH turunkan itu ialah kpd masyarakat yg hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia.

Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yg sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari tu pula pesalah turut diselamatkan dari terus dari jahat. Itulah maksud hudud yg sebenarnya.

Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yg begitu besar disebalik kesusahan yg ditentukan-Nya.
Benarlah firman-Nya:

“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.” (An Nasyrah:5-6)

Sebaliknya, kiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana tidak dimaafkan, itu tetap membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat.

Di dunia, hukuman itu cukup menghina dan memalukan serta menyeksakannya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi.Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dan mengakui kesalahan dirinya.Hatinya akan merintih, ”Sebagaimana terseksa orang lain kerana aku, maka padanlah dgn apa yg ku tanggung ini.”

Kata-kata inilah yg dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kpd hamba-Nya yg bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, sihamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima Kasih, Ya ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yg mahal itu.

Dalam masa yg sama, hukum hudud yg dijalankan pada seseorang mendidik orang ain agar takut untuk membuat jahat. Mengapa hukum-hukum lain yg bukan hukum hudud hari ini tidak pun membuatkan orang lain takut untuk buat salah? Bahkan makin diketatkan, jenayah dan maksiat makin berleluasa. Kalau begitu apa dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu menakutkan penjahat lain dari membuat kesalahan?
Hujah saya begini:Hukum hudud ALLAH datangkan untuk masyarakat yg majoritinya sudah terdidik dgn dakwah dan tarbiah Islamiyah. Masyarakat yg baik-baik, yg telah mencetuskan bermacam-macam kebaikan dalam masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun maknawiah seperti iman, ilmu pengetahuan, akhlak dll.

Maka untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau dirosakkan oleh penjahat-penjahat yg masih ada sedikit-sedikit lagi dalam masyarakat sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum hudud. Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yg sudah baik-baik, yg penjahatnya sudah tidak ramai. Yg peluang-peluang kejahatan juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa perbuatannya adalah kerja terkutuk. Dalam keadaan ini, bila dilihat saudaranya terhukum teruk akibat kejahatannya, dgn mudah saja menakutkandan menginsafkannya. Hatinya mudah untuk insaf dgn melihat hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari kejahatannya, maka hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka.

Manusia boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi maksud yg terdapat dalam firman ALLAH di atas.
Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman apa pun tidak akan membuat penjahat takut dan berhenti dari kerjanya.Sebab penjahat menganggap kerjanya baik untuknya. Dianggap bidang tugas yg patut diusahakan.Kejahatan dianggap baik.Kalau tutup satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan yg lain pula. Hatinya sudah cukup rosak.

Sebabnya, disamping tarbiah Islamiah memang tidak pernah didengarnya, dakwah pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan sekitar juga membantunya. Masyarakat dilihatnya lebih kurang sama saja dgn dia. Masyarakat tidak membuat dia rasa terlalu bersalah. Bahkan kalau dia boleh lepas dari hukuman, itu nasib baik bagi dia.Dilihat ada orang yg bersalah dilepas dari hukuman kerana dia orang besar atau anak orang besar. Maka dendamnya pada ketidakadilan itu membuatkan dia lebih berani dan nekad untuk buat salah lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan dalam masyarakat hari ini, yg majoritinya orang-orang jahat, saya kira dia tidak boleh berfungsi sebagaimana sepatutnya, seperti yg ALLAH maksudkan. Sepertilah kita pukul anak yg tidak sembahyang sebelum mendidiknya. Pukulan itu tidak bernilai jadinya. Bahkan anak itu rasa teraniaya dan ayahnya dikatakan kejam. Orang yg tidak faham pun simpati dgnnya dan turut mengatakan hukuman Islam tidak adil.Kalau begitu, jadikah hukuman itu amal soleh dan membawa kebaikan seperti yg diharapkan?

Lebih-lebih lagi dalam masyarakat hari ini, kalau hukum hudud dijalankan, maka ramailah orang besar-besar dan yg berkuasa yg akan terlepas. Tetapi golongan bawahan yg akan ramai terkena hukuman. Kerana tiada siapa yg hendak melindunginya

Pengertian Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Hukuman Hudud Boleh Ubati Aids

Terjemahan petikan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 2: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat, masing-masing 100 kali sebat dan janganlah kamu merasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari kemudian".

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat 2 jenis hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:

i. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.

ii. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.

HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI:

Di dalam badan manusia, terdapat satu system pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan system pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System). Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Deficiency Syndrome).

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.

Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel- sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum- sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang nterbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS. Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah. Wallahhualam

Wassalam.

Rujukan: Al-Quran dan Sains, siri pertama. M/S: 33-37
Pengarang: Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan.

Dialog Ustaz Haron Din Dengan Mubaligh Hindu


Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."
Mohammad Fitri Abdullah
"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?